Brazil dah kena ... Malaysia Maju Jaya

BERITA BAIK
Selepas melalui siri-siri perlawanan pemanas badan yang berakhir semalam, rasanya Malaysia sudah bersedia untuk menghadapi Piala Asia bulan hadapan. Penulis berpendapat kemampuan Malaysia setaraf Brazil.
Hujahnya ialah : Brazil tewas kepada Mexico 0 - 2 semalam dalam Kejohanan Copa America 2007.

Malaysia mengikut jejak langkah pasukan samba itu dengan kekalahan 0 - 2 jugak kepada Jamaica malam semalam.


Dah level la tu kot... ye tak?

Penulis ucapkan selamat maju jaya kepada skuad kebangsaan yang aku memulakan kempen Piala Asianya 10hb Julai depan bertemu China.


p/s: BERITA KURANG BAIK - hanya dua kaunter tiket dibuka sedangkan Stadium Nasional punya kapasiti sedia maklum besar mana, penonton makin ramai, pintu pagar dikopak, penulis tak perlu bayar RM5, tempat duduk stadium berhabuk macam tak pakai bertahun, palang dan pembahagi ada yang tanggal, rumput padang OK-OK saja, bila dah kena gol penonton mula beramai-ramai memulakan debat perdana yang agak-agak fun jugak . Bertuahnya negara kita jadi tuan rumah Asia Cup tahun ni.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
saya bersama penulis berada di lapangan stadium bkt jalil itu. malam yang harus dilupakan! prestasi malap pasukan kebangsaan berterusan, barisan pertahanan yang tidak kental seakan tidak cukup tidur dan ketumpulan serangan ke gawang jamaica. Penyokong2 tidak serik2 memaki-hamun pemain2 kita dari awal hingga akhir. kami hanya mampu bergelak ketawa melihat gelagat mereka. mujur, tontonan perlawanan ini hanya percuma, setimpal dgn persembahan 'HAMPEH' pasukan kita. Adakah pasukan kita sudah bersedia utk piala asia? Semestinya TIDAK!
FaizalMukhtar berkata…
oi. apsal kau panjat pagor? kan ada gate yang terbukak mat indon tu tolong kopak kan?

apapun, support la jang. bukan selalu dapat jadi hos ni... lu emo lebih dari aku pulak. chet!
gayour berkata…
kalo lawan team persatuan penampal tayar beskal atau kelab pengisap ganja tegar jamaica, tak tau la berapa gol pasukan harimau ganas lagi kuat kena belasah agaknye ek? har fragin har!
FaizalMukhtar berkata…
ni apahal pulak ni... geramnyeee guaaa!!!