Hidup Kiub Rubik !

Kiub ini Rubik yang punya.

Semalam ada dua orang sahabat lagi sudah ‘diangkat ke langit’(bukan, bukan semacam tu. Jangan fikir yang bukan-bukan. Bukan ‘langit’ tu la... ceh!). Yang satu sudah pun berada di hamparan apungan awan arena komik antarabangsa. Bayangkan betapa indahnya, menelusuri awan lepas dan bebas itu sesudah menghantar surat perletakan jawatan. Cuba imajin Son Goku dalam Dragon Ball tersenyum kegembiraan di atas pacuan sakti pemecah langitnya itu. Tahniah dan syabas.

Yang satu pula terlalu bertuah dan bahagia kerana novel kedua karyanya akan berada di pasaran tidak lama lagi. Sesudah lebih dua tahun menunggu, kesabaran itu berbaloi jua. Dan aku yakin dan serba-serbi pasti bahawa tulisan yang kali ini lebih besar dan bermakna berbanding yang pertama dahulu. Tersenyumlah gandingan bibir dan mulutnya hingga ke telinga sampai ke tidur lena semalaman. Tahniah dan syabas.

Dan aku duduk diam sambil teringatkan kata-kata Darren Aronofsky tentang ‘The Fountain’ : "Hidup ini ibarat menyelesaikan sebongkah kiub Rubik, yang mana ianya boleh diselesaikan dalam banyak dan bermacam cara. Tapi hanya ada satu jawapan sebenar di penghujung hari bila kita ‘bertemunya’ kelak".

p/s: tengahari yang keliru dan kelabu. Aku terbuang slip konvo adik aku dan terhilang kunci kereta di bank. Hehe... indahnya berhalusinasi.

Ulasan

Zid berkata…
Siapakah gerangan sahabat itu, adakah ku kenal?

Aku masih menunggu that moment untuk 'diangkat ke langit'.

The pursuit keeps us all alive.
thesandman berkata…
It's Aura.

It's Nanie.

Both previously with us. Patience! The time will surely come when we 'really' know that the sky isn't 'really' the limit.

really...