Bibliocaplyse : [ au revoir Pesta Buku. ]

( NAH! Gambar hiasan yang aku sengaja curik dari blog Gayour. )
Satu masa dulu aku ada pasang satu impian. Impian aku waktu itu adalah --- alangkah bestnya kalau aku dapat segenggam duit dari langit yang sangat banyak pada sepanjang berlangsung acara pesta buku supaya aku dapat ber‘pesta’ sepuas-puasnya membeli buku-buku yang aku berkenan dan suka tanpa melihat paparan lekat harganya. Oh! Impian hanya tinggal impian semalam sebab walaupun ada mendapat beberapa buah buku idaman tapi ternyata buak gelora nafsu ketika di sana tidak akan pernah puas! Dan semalam di hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007 adalah kemuncaknya. Impian itu sehingga ke hari ini tidak pernah mati.

Mungkin aku seorang biblioholic. Atau bibliophile. Mungkin juga keduanya. Tapi aku masih waras dalam hal-hal tertentu. Tak la segila John Stewart yang mewasiatkan dirinya supaya dikuburkan bersama buku-bukunya kerana obsessi yang terlampau terhadap buku kerana gentar ilmunya ‘dicuri’. Ataupun Isac Volmer dan Theodore Rinking yang sanggup memakan buku. Aku bukan Narcissus. Namun apapun, buku adalah passion aku dari kecik. Dan yes, tepat sekali telahan kamu dan kamu. Buku pertama aku secara unofficial dulu adalah komik. Komik itu sudah menjadi ruji aku tiap hari. Untuk yang bertanya atau curious buku apa yang sempat aku peroleh kali ni; Nah! Senaraiannya(termasuk yang di beli di TIMES Wearhouse sale tempoh hari) :

1. James Herbert: Devil in the Dark (2003)

2. J.R.R. Tolkien: The Man Who Created the Lord of the Rings (2001)

3. Heroes.com: The Names and Faces Behind the Dot Com Era (2000)

4. Persuratan Melayu: Tradisional ke Moden (2005)

5. The Legacy of The Malay Letter - Warisan Warkah Melayu (1994)
* buku yang PALING BEST dan YANG PALING MELUBANGI POKET

6. Keadaan & permasalahan penulis & penulisan skrip (1997)

7. Keanehan dan Keunggulan Buku (2002)

8. Buku Kekasih (2004)

9. Ada Apa Dengan Buku? (2004)

10.

...dan yang lain-lainnya(maksud aku, buku murah/bargain yang dalam raga seringgit dua itu)

Ya, ada apa dengan buku? Seperti cinta suci yang tulus, buku ada segalanya. Menjadi teman paling sabar, guru yang bijaksana dan jendela yang luas. Buku menawarkan ilmu, pengalaman juga rujukan buat mengisi kalbu, memperkaya pengetahuan, mempertajam minda, menguja nuansa.

- Ada apa dengan buku(2004), Shaharom TM Sulaiman

p/s: Terima kasih melangit aku juga untuk sahabat-sahabat lama dan baru yang sempat singgah dan bertemu di booth. Maaf kalau ada yang tak kena dan yang ter’kena’... kuikui! +Plus : Season ni, Chelsea murah hati hadiahkan/bagi pinjam Man. U Premiership lepas 3 season kempunan. Tahun depan pulang balik.

Ulasan