Balada sedang dalam kedengaran.

Nampaknya jelas kelihatan yang sememangnya ada jurang luas yang membuatkan penulis serasa terpanggil untuk membuat catatan-catatan perlu sekaligus mengisi entry di dalam blog ini. Umum sudahpun sedar yang mutakhir ini adalah musim cuti persekolahan. Dan seperti lazimnya juga, adalah kesempatan normal untuk pasangan bahagia menjalankan upacara-upacara persandingan meraikan ikatan perkahwinan. Dan sebagai daftar senarai yang mulanya pada penghujung minggu lepas, lampiran ini wujud untuk tatapan bersama : She+Ajib(maafkan penulis kerana tidak menjejakkan kaki ke Seremban namun salam ucap ada dikirim), Syawal+Isteri(mulanya ingin dan terasa perlu kesana namun tidak juga ke Ipoh) dan HafizComicsCorner+Isteri(kejutan untuk penulis kerana diberitahu pada saat-saat akhir). Kesemuanya penulis hulurkan ucapan seikhlas cukup - SELAMAT PENGANTIN BARU dan semoga kekal bahagia aman sentosa selamanya hingga ke penghujung eterniti di samping keluarga madani yang bakal terbina kelak.

Dan hujung minggu ini adalah beberapa lagi siri jemputan perkahwinan. Penulis beri contoh Persandingan Engku Nasrun+Raja Eliza. Engku Muhamad Nasrun bin Engku Fauzi ataupun dengan nama panggilannya Yong@The Yongster adalah antara pengaruhan awal penulis dalam pembabitan secara terbuka serta rasmi di dalam kancah dan arena penulisan blog secara atas-talian(online) ini. Ya, penulis masih teringat akan jasa orang-orang seperti Yong ini. Walaupun hingga ke hari ini masih belum lagi mendapat perutusan kad jemputan daripada Yong, penulis tidak kekhuatiran langsung untuk menghadiri majlis tersebut pada hari Ahad kelak. Mungkin Yong sudah serik dan masak dengan perangai dan tabiat penulis yang acapkali sahaja sering membatalkan perjumpaan setiap kali ada janji-temu atau perancangan. Dia hanya menjemput secara lisan sahaja. Memang terbukti daripada dulu tapi apakan daya penulis kerana manusia hanya merancang Tuhan penentu segala. Tapi oleh sebab hari Ahad ini adalah hari penting buat pasangan itu(dan mungkin juga untuk penulis?), dengan izin Tuhan dan Takdirnya; penulis tetapkan hati untuk ke sana. Kesempatan tetap akan jadi kesempatan dan peluang harus diambil segera kerana datangnya hanya sekali. Nadzru(Nik) dan Zeeka(Zeek) antara yang di ramal akan membuat penampilan juga di sana.

Malam semalam ada dua pertemuan yang membuahkan dua peluang yang baik-baik juga. Satu melibatkan urusan perniagaan dan satu lagi tentang perfileman. Menarik perbincangannya biarpun pada masa itu fikiran dan ingatan penulis sudah jauh-jauh meninggalkan tanah realiti(sekejap-sekejap).

Malam kelmarin pertemuan dengan rakan lama dari sekolah yang baru sahaja selesai jurusan psikologinya. Latar teman sungguh menakjubkan kerana pernah terlibat dalam peragaan fotografi, berlakon untuk telefilem dan terkini satu projek besar yang kurang lebih agak hebat. Berita terkini juga memberitahu penulis yang akhirnya dia sudah ketemu pasangan idealistiknya setelah kepegunan ilham untuk bercinta. Kuasa insan-insani yang mewujudkan maknawi dalam perhubungan sesama jiwa. Penulis mencuri dan mencuilk sedikit rasa kebahagiaan itu.

Dan 2-3 minggu terbelakang dan terkehadapan ini juga, degup cabarannya ternyata semakin menggoncang debar penulis.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Nk tgu ko kawin 'tujuh nafas lagi'...
AraBiaN berkata…
penulis?? gaya penulisan macam astora jabat!!
thesandman berkata…
[anonymous.]

tau ke 'tujuh nafas lagi' pembawaan dia ke mana?

[arabian]

siapa astora jabat?!! HAHHH??