[ gambar BEST of the day. ] + cerita-cerita yang lainnya

Joe Cole STRIKES !
Next stop : Anfield.

Hari ni aku kerja macam biasa walaupun ada jugak orang-orang yang cuti atau ambik cuti sebab hari ni adalah Hari Pertabalan Tuanku Mizan Zainal Abidin; Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-13. Esok pulak hari pertama Pesta Buku Antarabangsa aku untuk company baru, lepas dua tahun dengan company lama. Esok jugak adalah hari terakhir untuk sorang kawan baik aku kat company lama. Dia nak balik JB, ada business katanya. Aku cuma boleh ucapkan selamat maju jaya dan teruskanlah perjuangan hidup ni biarpun apa jua halangan dan pancarobanya. Biasalah, namanya pun HIDUP. Semoga dan mudah-mudahan kita ketemu lagi atau ketemu apa yang kita cari dalam hidup.

Dalam pada tu jugak, tahniah aku ucapkan untuk sorang geng aku kat ofis ni ( yang dulunya pernah satu kapal kat ofis lama, tapi dia tukar kapal dulu ) sebab berjaya mendapat cahaya mata pertama dengan kurniaan seorang putri. Alhamdulillah. Selamat semuanya. Nanti aku ziarah bila ada masa. InsyaAllah.


Untuk mana-mana diantara mereka yang sudah pun menonton press screening Spider-Man 3 semalam, hentikan cerita-cerita spoiler dan provokasi mu itu. Nanti next week kalau dah masuk gaji boleh cerita lagi panjang. OK?

Selamat dan salam semua.

Ulasan

gayour berkata…
ah, sudah la!
Tanpa Nama berkata…
nampaknya tak dapatlah kita jumpa di final uefa cup ... muahahaa

apai
maman berkata…
Hi bro! huiyoooo!
thesandman berkata…
[ gayour. ]

pertembungan ini tiada kesudahannya! HAHA.

[ apai. ]

ada FA CUP. itu aku punya! bdw, memang kita takkan jumpa pun dalam uefa cup sebab kita tak masuk.

[ maman. ]

bukan huiyooo! la... FuyyoFuyyo! update skit dgn peredaran arus pop perdana ;D