Review Komik: PERGINYA SEORANG PATRIOT






Captain America #25 [ Jilid 5 ]
Marvel
Penulis: Ed Brubaker
Pelukis: Steve Epting


Captain America MATI. Ya, hero dan pejuang lambang kemegahan dan keperkasaan Amerika Syarikat di bawah panji Marvel Comics pergi meninggalkan kita semua buat selama-lamanya(?) secara rasmi dalam komik CAPTAIN AMERICA #25. Isu yang bakal melakar sejarah tersendiri setanding dengan komik SUPERMAN #75(Superman mati di tangan Doomsday) dan beberapa isu komik-komik lain yang memaparkan pemergian karakter komik ke alam abadi yang semestinya menjadi topik paling hangat untuk dibicarakan semua pembaca dan follower komik mainstream seluruh dunia.

Jadi, bagaimana perkara yang semacam ini boleh terjadi kepada seorang patriot unggul dan hebat seperti Steve Rogers@Captain America? Begini ceritanya:

Semuanya bermula dengan sebuah event yang diberi nama Civil War. Mungkin ada yang tahu dan mungkin pulak ada yang tak tahu apa dia yang sebenarnya premis cerita dan dan perkara-perkara yang berlaku dalam Civil War ini. Untuk pengetahuan bersama, disini adalah rangkuman ringkas CIVIL WAR #1 hingga #7 yang baru saja selesai setelah tewas dan tertangkapnya Captain America dan konco-konco superhero ‘pemberontak’ di bawah angkatannya(kerana ini adalah review komik Captain America, bukan Civil War) ---

  1. Satu insiden tragis berlaku di sebuah kawasan petempatan di Stamford, US yang tercetus akibat perbalahan tidak terancang oleh sekumpulan superhero muda New Warriors dan geng supervillain telah mengorbankan beribu-ribu nyawa angkara kebangsatan Nitro.
  2. Masyarakat dunia terutamanya warga Amerika marah dan berang diatas kejahilan dan kekalutan yang makin menjadi-jadi berpunca dari perbalahan superhero dan supervillain yang tidak terkawal. Kerajaan Amerika Syarikat melancarkan SUPERHERO REGISTRATION ACT(Akta Pendaftaran Adiwira) di bawah kepimpinan dan teraju Tony Stark@Iron Man.
  3. Captain Amerika menentang dan menolak akta ini dengan alasan ia mencabul hak kebebasan sivil serta tatarakyat dan merangkul segala pegangan prinsip keperwiraan yang mereka sanjung dan junjung selama ini. Captain Amerika menjadi pemberontak/pelarian dan diburu oleh kerajaan Amerika Syarikat sebagai 'penjenayah'.
  4. Terwujudlah dua komponen superhero dalam dunia Marvel: Penyokong gagasan Iron Man(The Mighty Avengers) dan Gerakan pejuang Captain America(The Secret Avengers).
  5. Kejadian, insiden, impak dan reaksi yang berbelah bahagi dan besar-besar berlaku merangkumi keseluruhan latar cerita komik-komik Marvel. Antara yang meninggalkan kesan dan mengejutkan:


i Spider-Man mendedahkan indentitinya kepada umum sebagai Peter Parker dan tanda sokongan kepada kerajaan(yang mana akhirnya dia berpaling tadah dan berpindah ke kem Captain America setelah sedar Iron Man sudah ‘tidak waras’ dengan keputusan dan tindak-tanduknya yang 'gila-gila'.

ii ‘Perceraian’ antara Mr.Fantastic dan Invisible Woman serta keretakan Fantastic Four.

iii Klon Thor dicipta oleh S.H.I.E.L.D sebagai plan kecemasan, Goliath terbunuh.

iv Iron Man rekrut penjahat(The New Thunderbolts) untuk mencari pemberontak-pemberontak superhero sebagai satu skim pengampunan untuk supervillain.

v Finale Civil War besar berlaku di penjara Negative Zone yang mana geng Captain America merancang untuk membebaskan rakan-rakan mereka yang tertangkap tapi diserang hendap oleh geng Iron Man.

vi Pertempuran berakhir betul-betul di tengah-tengah bandar New York; hampir kesemua 'main player' Civil War bergasak habis-habisan, askar Namor akhirnya menyebelahi Captain America, keadaan betul-betul havoc dan porak-peranda, Iron Man dibelasah teruk, orang ramai tidak percaya apa yang sedang berlaku dan mengambil tindakan nekad menyerang Captain America yang mereka label sebagai pengkhianat dan pembelot!

vii Captain America mengaku membuat tindakan yang silap dan mengalah. Dia diberkas oleh unit tindakan khas SHIELD untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

viii Iron Man menang Civil War dan meneruskan Akta Pendaftaran Adiwira Amerika Syarikat dengan melancarkan Akta INITIATIVE ala cowboynya.

ix Cebisan terakhir geng Captain America masih menjadi pelarian dan superhero dalam buangan, antaranya ialah Spider-Man, New Avengers, Punisher(yang dikhabar anginkan sebagai PENGGANTI CAPTAIN AMERICA?!) dan ramai lagi.

x CIVIL WAR sebenarnya belum berakhir secara total.

Bagaimana Captain America dibunuh? Bagi yang belum membaca komik yang tersebut, ini adalah satu...

[ AMARAN spoiler ]

Semasa dalam perjalanan ke Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat yang terletak di Washington, dia diserang hendap dan ditembak bertubi-tubi. Tembakan pertama tepat di bahagian bahu. Dan dalam kelam-kabut dan huru-hara akibat tembakan itu, dia di tembak tiga kali lagi di bahagian perut dan satu tepat di bahagian dada. Maka oleh yang sedemikian rupa, CAPTAIN AMERICA MATI SERTA MERTA DI TEMPAT
KEJADIAN
akibat pendarahan yang serius. Siapa yang menjadi mastermind, masih belum dikenalpasti namun akhirnya didedahkan dan dikenalpasti; Red Skull adalah dalangnya. Yang menjadi penembak tepat(sniper) itu pulak adalah Crossbones manakala penembak kedua adalah orang kanan SHIELD, Sharon Carter yang telah di hipnosis oleh supervillain bernama Dr. Faustus. Apa yang pasti di sini, kematiannya sudahpun disahihkan oleh Marvel sendiri dan mendapat liputan meluas oleh media-media utama seperti CNN,
BBC, Variety dan New York Times.


Satu lagi detik tragis dan hitam dalam dunia komik antarabangsa.

Ulasan

thewailer berkata…
grew up reading captain america once in a while, suprised he's dead now....a review well done noonetheless :)
thesandman berkata…
thank you.

I think that's why Marvel is somewhat more edgier than the Distinctive Conmpetition(DC).

Best bet whose gonna be the NEW Captain America:

1. The Punisher
2. Winter Soldier/Bucky Barnes
3. Mystery 2nd grade character from Mr.Bendis and Mr.Millar combined mind-fusion.
Nazim Masnawi berkata…
Don't worry, pal, haven't you heard of status quo?
Nazim Masnawi berkata…
Alah, kamonlah. Everything would end up back at the status quo in the end, man.
thesandman berkata…
ya, aku tahu sebab nothing stays dead forever in the comicdom.

cuma aku tertarik nanti dengan bagaimana caranya mereka revive balik this so-called 'sentinel of liberty'.

(no clones,no magic/mysticsim or stand-in doubles PLEASE)
gayour berkata…
he's DEAD! harharhar!
thesandman berkata…
but he will return.

rest assure this, Czarnian!