...orang kata ke?


Pelangi kembar. Apa maknanya tu?

Masih tak punya kesempatan dan peluang untuk tonton filem 'Mukhsin' dan 'Pursuit of Happiness'. Kata orang best. Aku yang belum tengok ni pun kata best sebab aku percaya cakap-cakap orang yang cakap cerita tu best. Nanti senang aku tengok, OK?

Oh! 2-3 minggu ni tengah sibuk 'berperang dengan perasaan'. Skala peperangan tak le besar sangat cuma kali ni pergi bertempur tanpa ada persediaan yang rapi dan khusus. Kalut sikit. Salah aku jugak. Mungkin akan reda sikit masa lagi. Jadi mungkin itu agaknya alasan tidak dapat menulis dengan secara profound dan baik. Mungkin inilah yang kebanyakan orang cakap:

" Takde mood "

Jadi, sekian sahaja untuk hari ni (Dah! pegi sambung buat keje, nanti tak berkat pulak kang duit gaji tu).

Ulasan

MaMan berkata…
Hok alo...
takde mood?
adakanla mood!
um...'akak' pe kaba? ekekekkee
thesandman berkata…
akak kau ke, akak aku?

HAHA!!!
Nazim Masnawi berkata…
Aku tak suka Pursuit. Memang the ultimate Hollywood manipulative crap la orang kata. Aku tak suka macam mana the filmmakers ubah fakta sebenar untuk jadikan karakter Will Smith lebih sympathetic (program broker yang dia masuk dari berbayar, terus jadi tak berbayar). And then, macam mana kehidupan "homeless" Will Smith tak diefek dengan para homeless lain. Dan pada era Reagan gitu, dunia filem tu anehnya langsung tak kenal warna kulit.

And worse, filem tu nak tunjuk yang kau... can get out of the gutter by simply really, really wanting to do better – para pengemis kat luar sana tu jadi gitu sebab atas dasar pilihan sendiri. FUCK YOU, HOLLYWOOD! Orang bangang yang tak pernah buat kerja kebajikan bolehlah lu makan!
thesandman berkata…
nazim masnawi has spoken! Truth be told - aku tetap nak tengok jugak... HAHA.

Tapi Hollywood since dulu memang macam gitulah, dia ingat dia bijak 'main'. Permainan dia, dia tererlah.

Dia dalang.
Tanpa Nama berkata…
Huwwwooo Nazim...nak hasilkan karya yang sempurna bukan mudah, perlu banyak penelitian. Sekurang-kurangnya cerita tu ada jalan dan teladan. Tak macam sesetengah cerita yang entah mana hala tetiba je habis. Apapun terpulang pada penilaian masing2. Aku rasa lebih berbaloi tengok cerita tu daripada tengok cerita hantu naik sampan. bluwerrkkk...
pengeran cinta berkata…
tau takpe!
Nazim Masnawi berkata…
"...nak hasilkan karya yang sempurna bukan mudah, perlu banyak penelitian."

Aku tak minta cerita yang sempurna. Aku TAK PERNAH nak pun. Malah, aku lebih rela menghadam karya yang ada banyak masalah daripada menonton karya picisan yang menghina akal penonton sebegini.

"Sekurang-kurangnya cerita tu ada jalan dan teladan."

Biarpun ia memanipulasi para audiens kaw-kaw? Biarpun ia hampir tak pernah berlaku jujur?

Dan siapa kata – aku betul² tak paham dengan konsep ni — dengan menyuntik nilai teladan ke dalam satu-satu penceritaan, karya tu sudah dianggap baik?

"Apapun terpulang pada penilaian masing²."

Yeah, that's right. And if you so damn sure with your penilaian, just accept and analyse the film as it is; tak payahlah nak kata ia at least lebih berbaloi tengok daripada this particular cerita hantu naik sampan. That kind of arguement, my friend, my retarded nephew pun boleh bikin.
thesandman berkata…
moving on... moving onnn!