[ Hari ini dalam... MANIFESTASI MIMPI ]

Sejak seringkali ini, aku selalu sahaja terfikirkan fikiran-fikiran yang dalam-dalam. Selalunya berulang-ulang tentang satu-satu perkara. Seterusnya aku alihkan kesemua komposisi pemikiran aku tadi ke sebuah tujuan supaya aku jadi lebih senang dan tenang untuk berpendirian. Aku duduk diam-diam dan mula membuat hipotesis aku sendiri tentang diri aku sendiri. Mungkin aku mula jadi konservatif bila sampai ke tahap ini. Jadi bertanya aku lagi: Apakah rasa ini? Semangat yang semacam manakah ini? Bolehkah aku mempunyai angan-angan ini? Apa benarkah harapan-harapan ini satu hari nanti akan jadi milik aku? Aku kah aku ini?

Zahirnya aku berkata; ini barangkali saduran fata morgana dan mirage minda lagi dan lagi. Batinnya aku menjerit; ini semestinya ketentuan aku dalam hidup yang menghampiri tingkatan realisasi dan kesejagatan.

[ Sudah tertulis... sudah tertulis ]

Terjemahannya begini supaya jelas dibaca dan ditafsir orang... Apa yang aku mahu, apa yang aku nak dan apa yang aku wish untuk hari ni adalah begini:

Aku terfikirkan tentang bila agaknya aku akan dapat komputer laptop peribadi kepunyaan aku sendiri. Senang dan selesa aku nak menulis dan melangsaikan kerja-kerja aku tanpa ada gangguan server dan kekacauan luar kawalan dan sebagainya. Sambil tu, boleh aku dapat 'tiket' dan duduk-duduk kat Starbuck atau Coffee Bean dan menaip sambil perhatikan 'ilham' yang lalu-lalang. Aku terfikirkan tentang bila agaknya aku dapat kereta milik sendiri yang aku idam-idamkan selama ini yang selalu sahaja berlegar di depan mata jalanraya. Ada satu-dua kereta itu nampaknya cantik belaka. Bestnya kalau ada kereta sendiri. Aku terfikirkan tentang bila agaknya aku dapat superpower, terbang dan punya kuasa zahir-batin luarbiasa yang pastinya more than those of mortal man dan selamatkan dunia dari kekejaman dan ketidak-adilan yang sedang berlaku diseluruh dunia seperti di Timur Tengah dan mana-mana lagi zon pergolakan manusia yang perlukan pertolongan aku. Aku terfikirkan bila agaknya aku akan dapat mula dan selesaikan tulisan-tulisan aku yang sudah lama terhimpun di dalam kotak ilham ini. Nazri, Nazim dan yang lain-lainnnya sudah published dan well known sedikit, sedangkan aku... masih alasannya tetap sama: One day. One day. Aku terfikirkan bila agaknya aku akan dapat selesa dengan kondisi kewangan peribadi aku yang boleh berada selamat-selesa-sempurna sehari-harian. Aku terfikirkan bila agaknya aku akan dapat tengok "bulan jatuh ke riba". Aku terfikirkan bila agaknya aku akan dapat kerahkan inner-energy sebenar supaya aku dapat berbudi untuk keluarga, kawan-kawan dan semuanya. Bukan... yang ini bukan angan-angan aku nak jadi superhero. Maksudnya ialah obligation dan responsibility aku terhadap korang semua. Dah tertunai atau belum? Banyak yang kurangkan? Please help me, help you.

Aku terfikirkan bila agaknya aku akan dapat merasa hakikat dan nikmat berperasaan dan jiwa kasih-sayang; maksud aku bercinta dengan si Dia dengan kejatiannya yang melebihi mana-mana puncak perasaan yang wujud dan terwujud di dunia ini. Bagaimana itu rasanya berindu dendam? Menyebut nama seseorang berulang kali didalam hati seiring dengan detak jantung? Dan bersumpah setia hanya dialah yang kekal selama-lamanya tanpa ada lagi yang lain? Mempunyai sinergi dan ideal serba-serbi? Membiarkan diri dimamah waktu atas kekuatan hebat kuasanya? Menjadi inspirasi di kala jaga dan lena? Hanya dia yang satu bersemadi di segenap sanubari? Yang membenamkan naluri ke lubuk terpaling dalam? Yang hanya muncul dalam mimpi-mimpi indah? Jatuh CINTA? Penyatuan dua hati, dua jiwa dan sudahnya terbentuk satu perasaan terpaling dahsyat? Pengabdian yang abadi. Agung dan indah. Oh... hati aku rasa berbunga-bunga dan perut aku macam ada banyak rama-rama!

[ TERPERSONA. Aku mula hanyut dalam cerita-cerita dan lagu-lagu yang pernah aku baca dan dengar ]

Akhirya aku jadi faham dan tahu. Aku terus jadi mengerti dan terlerailah segala persoalan-persoalan tadi. Aku mendongak langit dan cuba-cuba menyusun barisan kata dan kalimah. Niat. Doa. Ke sini jugak aku lagi. Dan seperti sebelumnya dan seperti yang terdahulu dari sebelum-sebelum itu, dia datang lagi. Nanti aku akan jumpa dia lagi di akan datang. Untuk itu, wajar benar aku masuk kedalam dunia aku tanpa bertemankan keraguan. Makin lama, makin berkesan rupaya penangan pengalaman itu. Isi dan pengajarannya cukup-cukup mendamaikan. Terima kasih. Aku sedar diri aku dalam kewarasan yang beralun-alunan ini. Emosi. Sentimental. Dia datang...
" selamat datang "


owh. Untuk yang tak tahu atau tak di inform; Hari ini harijadi aku rupanya. Patutlah rasa ‘satu’ macam.


1 MAC 2007