kesempitan AKAL ( agaknya )

* ini reminder untuk aku jugak

Sedang dalam persediaan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat sebentar tadi. Santap makan tengahari dan sebelumnya itu, membelek-membelek akhbar harian. Terjurus langsung pada barisan tabloid dahulu. Maka yang satu itu iaitu sebuah surat khabar tabloid berbahasa Melayu No.1 di malaysia mempunyai laporan cerita ini di dada depannya :

PELAJAR DISIMBAH ASID - Seorang pelajar sekolah agama, berdepan risiko cacat seumur hidup selepas mukanya melecur teruk akibat disimbah asid ketika sedang tidur di asrama sekolah itu. “Saya tak tahu siapa yang sanggup melakukan perbuatan ini hingga menyebabkan muka saya cacat seumur hidup”. Selepas kejadian itu, dia sukar bertutur, makan dan minum kerana mulutnya melecur teruk. Menurutnya, dia tidak bergaduh atau berselisih faham dengan rakan sekolah.

Biasanya; orang-orang marhain keramaian di luar sana(ada yang terkejut/ada yang tidak) akan berkata, "Apa nak jadilah budak-budak zaman sekarang ni?" atau "Geram aku budak-budak bodoh nak mampos ni... tak pikir ke!" atau "Zaman aku sekolah asrama dulu takde la setan sangat macam ni, sekolah agama pulak tu" atau "Haram jadaahh! Dunia nak akhir zaman"
Aku cuma ada buah pendapat: Yang terjadi ni selalunya bila manusia lupa nak guna akal sedangkan otak tu belum tentu ada isinya lagi.
p/s: Berita yang best sikit untuk aku(SPOILER) - Mak Chloe Sullivan dalam SMALLVILLE ialah Lynda Carter, pelakon Wonder Woman zaman 70an dulu-dulu.

Ulasan