Muse, Chelsea dan Mamat Khalid.

( actual concert picture courtesy of someone. TQ! )

Jadi, semalam aku tengok konsert MUSE. Hebat dan puas(terima kasih Nik Nadzru dan konco-konco di atas tiket konsert itu dan terima kasih juga untuk Aida Azura yang memperkenalkan aku kepada kumpulan progresif rock Brit ini satu masa dulu). Aku jarang tengok konsert melainkan yang perform tu performer yang aku suka. Aku suka muzik Muse. Aku suka Muse sebab muzik dia ada ‘soul’ dan energi dalaman. Walaupun aku hanya hafal beberapa kerat ajer lirik lagu band ni(Starlight, Supermassive Black Hole, Time is Running Out dan Unintended – apsal korang tak main lagu tu semalam ha?!), aku tetap layan diorang walaupun tak se‘sewel’ budak-budak sekolah yang duduk dekat dengan aku. Kapasiti 20,000 orang lebih, performance 90 minit lebih di‘hidup’kan oleh suara magic falsetto Encik Matthew Bellamy yang multi-layered dan keajaiban Encik Wolstenhome dan Encik Howard . Selain tu, aku jugak bertambah extra seronok sebab ada ‘something’ yang aku wish sudah terjadi. Ya, terima kasih juga untuk takdir dan ketentuan.

Malam tadi jugak menyaksikan kemenangan CHELSEA memenangi Piala Liga menumpaskan Arsenal kat Millineum Stadium, Cardiff. 2-1; Drogba bikin giler score dua-dua gol selepas ketinggalan 0-1. Wohoo!!! Tapi ada setback la pulak. Kapten John Terry injured dan kena masuk hospital. Apa pun, sempat jugak dia meraikan kejuaraan lepas check up. Ada pulak gaduh-gaduh masa hujung-hujung game. Kes tak puas hati la tu, biasa la adat. Nasib baik Sènor Mourinho yang datang menyelamatkan keadaan(Sebenarnya aku tak tengok pun match ni sebab balik konsert terus main game Winning Eleven jap and then lelap! baca kat internet dengan suratkhabar aje). Ha! Maknanya, kalau kita semua mempunyai sikap yang optimis dan positif, aku yakin kita masih boleh menang league title lagi tahun ni, Piala FA dan jugak berpeluang menjulang Piala Champions League. Wah! Mewah piala Chelsea tahun 2007 ni.

Dan dalam hujung minggu yang selalunya tidak berperancangan dan santai-santai baru lepas ni jugak, aku sempat bikin wedding videography dan lepak dengan MAMAT KHALID.


(sorry. aku tak jumpa gambar Mamat Khalid yang best dalam Google)

p/s: Ada jugak benda tak best yang jadi dua hari lepas. Kasut aku 3 pasang hilang depan rumah dirembat pencurik tak guna. Pastu bijak pulak ambik yang branded-branded, sandal Bata aku taknak pulak diangkutnya sekali. S#!%!!! Takpe aku halalkan. Ni semua 'apokalips'.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
thesandman berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
USepp berkata…
kau ingat chelsea boleh kejar MU ker... cheh poorahhhh!!! mimpi di siang hari wahai faizal mukhtar...
sebenarnya JT tuh pening sbb nak kejar MU... tuh yang die buat2 pengsan tuh.... sbb malu.... GLORY GLORY MAN UTD!!!
thesandman berkata…
usepp,

Hero selalu menang last... remember?
pengeran cinta berkata…
ingat masa ko carik kasut ko kat karangkraf dulu! Hahaha! Kelakar!
areyoung berkata…
Aku sebenarnya buat bodo je bila memember yg gi konsert tu citer ke-best-annya. Menangis dalam hati siot!
thesandman berkata…
pengeran cinta,

rupa-rupanya yang ambik kasut aku tu pak guard! Lain kali nak pinjam cakap la. Iroinya, kasut tu ajer yang ada sekarang dan masih belum dicurik!!!

***

areyoung,

usah khuatir. pasti kiranya ada rezeki lagi, mereka akan ke mari. aku ada gambarnya kalau kau nak tengok.

; )
pengeran cinta berkata…
Nyampah plak nak komen blog ni...banyak plak birokrasinya! Kronisme! Popular ker???
thesandman berkata…
Oii.. sapa nak tau pengeran cinta tu sapa?!

Bocor rahsia kang, lu ingat gua tak tau lu sapa - MUAHAHAHA!!!
net berkata…
ooo..ape yg buatkan betambah sronok masa tgk muse ari tu huh?...skodeng anak dara org yea?..heheh
thesandman berkata…
skodeng?? ... Nah! I think I had her permission kot.

;D