Cuti yang agak panjang untuk aku.

[ gambar hiasan. takde kena-mengena dengan hidup aku tapi aku nak home-studio-office macam ni satu hari nanti. nikmatnya kalau impian jadi kenyataan. Ehsan gambar home studio milik komik artis adik-beradik kembar dari Brazil; GABRIEL BÁ & FÁBIO MOON ]


Ya, bermula dari hari esok iaitu Sabtu sampailah ke Selasa... cuti aku adalah secara total empat hari. Panjang jugaklah buat aku yang dah lama tak bercuti [walaupun selalu lambat datang kerja sebab malamnya selalu tidur lewat dan tak kira la beberapa minit yang terlewat tu]. Jadi apakah rutin tegar yang biasanya akan dilakukan oleh aku pada masa-masa cuti panjang ini[macam pernah cuti panjang, yang ada tu pun time raya time tengah padat dengan aktiviti sosial sedara-mara, kaum keluarga dan sahabat handai].


Rasanya cuti ni aku nak :

1. Susun balik jadual kerja aku yang berterabur dan kurang terurus mengalahkan... ah! aku takde alegori dan metafor tepat untuk ini. Mungkin macam baju-baju aku yang belum dibasuh tu kot. HELP!


2. Tengok wayang kat panggung wayang [atau DVD kat rumah]. Lama dah tak pegi tengok wayang gambar... rindu!


3. Menulis macam biasa, tapi entah hapa entah yang aku tulis memang sampai sekarang takde arah tujuannya [Rujuk balik No. 1]


4. Kemas 'bilik' aku yang dah macam kem tentera.


5. Dan lain-lain.


Cuba teka, dari lima yang tersenarai tu... berapa banyak dan yang mana satu akan aku accomplish?


Jumpa lagi!

Ulasan