THE 10 OF 2006

# NUMBER 2 :
JOM! - BERAKHIRNYA SEBUAH LEGASI...

PEMBUBARAN. PENUTUPAN. PEMBERHENTIAN.

Panggil la dengan panggilan apa sekalipun, label la dengan label apa sekali pun. Yang RASMInya kini Majalah [Info/Ekstrem/Komik] JOM! keluaran Kumpulan Karangkraf Sendirian Berhad sudah tidak lagi diterbitkan dan sudah tidak ada lagi pasaran. Jadi janganlah cuba-cuba atau gatal-gatal bertanya lagi ke mana perginya dan status akan majalah itu lagi kepada mamak-mamak berdekatan anda. Memang tidak di cetak lagi, DIULANGI... tidak ada lagi.

Justeru, ayuh kita buat sedikit homage kepada JOM! :

Tatkala gegak fenomena dan gelora revolusi baru industri majalah komik semakin rancak, Kumpulan Karangkraf telah berani tampil meredah gelora dan mengharung badai memenuhi impian para pembaca bahan berunsur info+komik dengan penerbitan majalah terbarunya di bawah penjenamaan GEN-Y COMICS.

Formula ini mula dijana beberapa lama sebelum pelancaran sulungnya pada tanggal Mac 2005. Ia membuka lembaran segar yang memberangsangkan buat mereka yang inginkan sedikit pembaharuan. Dengan gabungan berbagai elemen ‘muda-mudi’ dan serta segala macam variasi dunia komik, JOM! pada peringkat asalnya menjanjikan sebuah pengalaman yang menakjubkan. Setelah perjalanan produksi penerbitan hampir 2 tahun, akhirnya JOM! digugurkan dari senarai penerbitan majalah Kumpulan Karangkraf Sendirian Berhad pada penghujung 2006.

Petikan JOM! #18(Anniversary Special Edition):

“ Sebenarnya, JOM! ialah sebuah gabungan inspirasi, idea dan ilham full color berwarna 100 muka surat termasuk kulit yang sangat fresh, lain dari yang lain dan menjanjikan sebuah pengalaman yang luarbiasa. JOM! sering ingin mencuba untuk memberi YANG TERBAIK untuk semua pembaca dan peminat. Setiap keluaran isu akan terus-terusan di improve dan di update untuk memastikan standardnya senantiasa dipelihara serta berkualiti. ”


It's GOOD while it last. At least, majalah kitorang still ada dalam entry Wikipedia berbahasa Malaysia.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Komik

Itu sudah cukup membanggakan dan meninggalkan kesan jangka panjang.


p/s: For me personally, our man Zid(Retrojak) says it best. Here's an excerpt from our mini-forum the last few months called 'THE INFINITE FATE OF JOM!'

[15:52] jiddo_san: the deal we had was too good to be true. and it was great while it lasted[15:52] jiddo_san: but alas, it's fate
...
[16:04] jiddo_san: i mean you guys were progressing
...
[16:05] jiddo_san: comics is a new horizon here, so it will take time.
[16:06] jiddo_san: but it's still all trial and error. we learn from mistakes
[16:06] jiddo_san: just hope the next publication who has the will to pursue comics have the endurance.
...

Ulasan

Nazim Masnawi berkata…
So kau buat apa skrg kat sana?
thesandman berkata…
Still a writer of things... but there are announcements to make in the near future. STAY TUNE!
Usepp berkata…
alaa.... takdelah tiket wayang free lagi...
thesandman berkata…
orang tengah bincang soal survival dan perjuangan, yang kau sibuk tanya pasal tiket wayang ni apahal?!!!

Tunggu entry lain baru masuk line.