THE 10 OF 2006


# NUMBER 8 :
TAHUN MARI BERKAHWIN...

Tahun ni menyaksikan satu rekod untuk acara dan undangan persandingan yang sememangnya ada sangkut paut dengan perkahwinan. Kalau nak dihitung, ternyata 2006 adalah hari untuk ramai kawan-kawan aku kahwin.

Hari penyatuan ini memang statement lazim yang selalu ditanya-tanya oleh ramai orang kepada pasangan yang serius di alam percintaan masing-masing. Sebagai contoh: kat tempat aku kerja ni ajer, dah berapa ramai couple naik pelamin. Kawan-kawan sekolah pun sama saing... ratra-rata dah datang seru. CONGRATULATIONS SEMUA YANG DAH SELAMAT!



Kalau tak silap aku, ada lebih sedozen perkahwinan kawan-kawan aku untuk tahun ni ajer.

FUFF!!!

Itu belum kira lagi yang merancang nak kahwin, yang baru terfikir nak kahwin, yang nak tunang, yang baru plan nak tunang atau yang dah start terfikir serius nak serius dalam arena per‘couple’an lagik!!! Dahsyat! Dahsyat! Dahsyat betul the power of jodoh ni...

Ulasan