What's the point of the story?

Well...

Here's the point.

Aku ada satu benda yang aku rasa menarik, sungguh pun ada beberapa orang yang baca entry kali ni agak 'macam biasa aje'.

Sila beri perhatian.

Begini.

Pernah tak dalam mana-mana point dalam hidup korang terasa yang sebenarnya sesuatu buah ilham atau idea korang itu sangat bernilai dan layak untuk mendapat perhatian yang lebih besar di dalam kelompok umum masyarakat? Pernah tak? Ianya sedang berlaku pada aku sekarang sebab ironinya sangat-sangat 'menggigit'.

PEDIH.

Dulu masa aku belajar kat universiti dan sedang duduk-duduk diam sambil berangan, aku didatangi idea. Idea untuk sebuah cerita yang aku rasakan sungguh 'gripping' untuk sebuah novel mahupun filem. Aku pun biarkan isi-isi ilham tu datang dan merasuk kepala aku sampai aku rasakan puas. Terus aku menulis rough draft cerita itu ke atas beberapa keping kertas comot. Lengkap satu pitching cerita.

Premis ceritanya:
Bagaimana sekiranya kita diberi peluang semula untuk memperbaiki ataupun membetuli kesilapan lampau kita hanya dengan 'sekelip mata'? Ini sedikit sebanyak akan menyelimuti benda-benda bodoh yang tak sepatutnya kita buat atau lakukan dulu. A chance to make up for our lost cause. Mungkin masa tu kita terlalu naif dan belum cukup matang dalam berfikir. Tapi apakah cause dan effect terhadap tindakan kita itu? Apakah action kita itu akan mendatangkan reaction yang lainnya? Sebuah implikasi yang tak diduga?

Adakah sesiapa yang berani di dalam dunia ciptaan Tuhan ini menongkah dan melawan 'ketentuannya' ?

Perkara ni berlaku dalam hidup aku masa tahun 1999 dulu.


[*Ini adalah sebuah poster filem ciptaan Hollywood tahun 2004]


Nama filem ini ialah 'The Butterfly Effect'. Aku jadi semacam bila filem ni keluar. Pada masa itu, aku teringatkan hasil tulisan picisan aku masa aku berangan-angan kosong dulu. Nak diselongkar semula kertas-kertas comot dalam bilik aku tu, aku pun tak tau kat mana aku letak benda tu. Aku termangu dan terkesima. Ini macam idea aku? Atau mungkinkah ini memang idea aku? Bila masa pulak aku hantar pitching skrip ni kat Hollywood.


Damn.

They really did it... they stole my idea.

Itu idea aku.


Takpe... kata aku kat diri aku sendiri dengan harapan aku dapat memujuk diri aku sendiri. Selang beberapa tahun lepas tu, aku duduk diam lagi. Kali ni aku diseru ilham lagi. Cukup masa berangan, aku ambik kertas dan tulis cepat-cepat. Tapi ceritanya tak siap lagi. Sampai sekarang, masih tak siap sedangkan ideanya dah ada lama.

Dalam awal tahun ni, di suatu pagi yang aku tak dapat ingat entah bila entah... aku bukak internet. Aku ternampak satu trailer filem baru:


'Stranger than Fiction'. Cerita tentang pertembungan serta konflik alam fiksyen dan dunia realiti tentang perihal seorang penulis/narrator dan watak utama ciptaannya dalam sebuah novel. Sekali lagi aku terkejut. Semuanya dah ada dalam kepala aku tahun 2001 dulu. Aku rasakan ini satu idea original tulisan aku dulu yang sangat sukar untuk aku dapat untuk beberapa tempoh masa ke hadapan. Ni kalau bikin buku atau filem best jugak ni, fikir aku satu masa dulu!

Aku tepuk tancap dahi kuat-kuat bilamana aku dapat tahu dengan sendirinya, Hollywood sekali lagi menyerang aku secara senyap-senyap. Tapi aku tetap berkeras tak mahu cepat risau atau gusar tentang keaiban yang berlaku. Aku tetap ada peluang one day untuk jual jugak idea original aku kat mana-mana produksi filem atau penerbit buku, tak kira lah luar ataupun dalam negeri.

One day.

Aku nak kuatkan usaha dan gandakan semangat aku untuk menulis. Aku rasa aku nak tulis satu cerita yang paling-paling digemari oleh mainstream Malaysia. Formula SELAMAT dan BIASA untuk survive dekat sini. Biasanya ada dua ajer: Cerita lawak ataupun cerita cinta. Tapi aku nak buat satu masterpiece(kalau diizinkan Tuhan) cerita cinta yang boleh diserap semua orang. Orang muda boleh layan, orang tua boleh tengok, orang luar boleh ikhtiraf dan orang kita boleh sanjung. Satu kisah cereka yang boleh capture attention semua orang... THE ULTIMATE LOVE STORY THAT WILL DEFINE ALL LOVE STORY.

Tapi kenapa aku belum buat, dah ada orang lain buat dulu ni?



[Geram. Aku jadi geram... cerita macam ni dah ada dah dalam kepala aku jugak!]

So, pernah tak jadi hal yang sebegini dalam hidup korang yang mana: Idea hasil tulisan korang pada asalnya tampak original dan sangat brilliant... rupa-rupanya sudah di fikirkan orang lain terlebih dulu. Tambah rumit, idea itu telah pun bergerak dan dijana menjadi sebuah bahan produksi komersial santapan dan tatapan umum.



Apa yang korang buat kalau korang jadi aku?



APA?


...

Ulasan

niera berkata…
well..itulah bezanya between orang yang nak merealisasikan impian and go for it dengan orang yang sekadar menunggu di beri peluang..by the way i'm afraid if you keep have dream after another,you cant differ between fantasy and reality ;)
selipar berkata…
damn...

best siot topik ni.
aku rasa pun aku pernah melaluinya.

tapi... nantilah aku cerita lagi...
usepp berkata…
Faizal, Youre Fired! betulke nih atau igauan panti asuhan itu... apa kata kau buat filem tentang pendiskusian aku tentang pregnancy di rumah shah.. menarik bukan??... TaJuknya "tersepit di saluran peranakan"
thesandman berkata…
Niera,
But dreams have to be kept in motion and held high,bebeh! Plus, I'm in TOTAL charge of my dream world!

...

Selipar,
Ceritalah lagi.

...

Usepp,
Jap lagi kau kena tangkap bawah ISA. Berapa kali mau bilang - KAU TELAH DI BANNED DARI MELAYARI LAMAN BLOG AKU!
...