WONDERFUL WEDNESDAY

( wonderful wednesday: yang mana ianya adalah isi-isi tentang perihal obsesi dan ketaksuban terhadap sesuatu yang jatuh pada kategori 'favourite' )




JAMIE OLIVER.

Ya. Mamat ni adalah sorang mamat yang punya karektor yang aku suka. Dia petah bercakap dan berbicara, buka sahaja soal masak-memasak tapi banyak perkara lain yang tentang skill-skill hidup seorang 'bujang'(walaupun dia sudahpun berkahwin dengan sorang supermodel) dan kemahiran PR yang impressive. Kalau nak cerita pasal x-factor, this bloke has it!

Program The Naked Chief, Jamie's Kitchen dan Oliver's Twist semuanya aku follow(dan praktikkan mana yang mampu). Tengah tunggu Jamie's School Dinners dengan Jamie's Great Escape, entah bila nak ada kat TV biasa - katanya kat Astro dah tunjuk dah. Biarpun Jamie pernah menghidapi dyslexia masa kat sekolah dulu tapi tu tak jadi hal. Dia learn life the hard way. Itu aku kagum.

So, bagik sesapa yang belum pernah tengok citer mamat ni atau tak kenal langsung saper Jamie Oliver... try to watch the show,mate. Brilliant I'm telling you... brilliant!

Ulasan