" Sang Pecinta "

Akhirnya, album yang ditunggu-tunggu peminat M.Nasir telah berada di pasaran. Sang Pencinta mengandungi 10 lagu 'segar' dari M.Nasir. Semua lagu dan lirik adalah ciptaan sifu sendiri kecuali lirik Tangisan di Hujung Galaksi dan Vendeta hasil nukilan Loloq. Single pertama Juwita ... (Citra Terindah) sudah mengambarkan arah tuju album ini. Jangan terperanjat jika tiada lagi irama Nusantara kedengaran tetapi pendengar dihidangkan dengan irama progresif seperti zaman-zaman Kembara. Album ini menggunakan pemuzik handalan seperti Yazid, Ujang, Jay Jay,Nan, Rafie,Nafie Spider,Zul Mahat dan lain-lain lagi. Fadzli Fauzi, Marzuki, Roslan Aziz, Peter Chong dan Zairie bertindak sebagai jururakam dan juruadun. Album ini perlu didengar sekurang-kurangnya tiga kali untuk betul-betul menghayati keunikannya. Tersendiri dan jangan buat perbandingan album ini dengan album sifu sebelumnya. Lain dari yang lain.

Track List
1. Juwita...(Citra Terindah)
2. Sang Pencinta
3. Tujuh Nafas Lagi
4. Tangisan di Hujung Galaksi
5. 'Vendeta'
6. Bahtera Raudah
7. Destinasi : Eterniti
8. Setiap Dambaan
9. Apa Lagi
10. Balada Seorang Teman.




Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ko dah beli ke album ni?

'Che'ah dilamun cinta'
thesandman berkata…
soalan tak relevan.

p/s: Che 'Ah dilamun cinta dah lama penulis tau...