" Ni cerita suratkhabar semalam... "

MALAM minggu lalu, pusat hiburan Planet Hollywood di Kuala Lumpur padat dan sesak dengan orang ramai. Para peminat muzik berhimpit-himpit selama dua jam lebih menyaksikan kemunculan seseorang sejak pukul 10 malam.

Semuanya gara-gara persembahan M. Nasir yang mengisi slot Sunday Night Live pusat hiburan itu. Penyanyi yang digelar sifu itu berjaya menghimpunkan peminat setianya daripada golongan remaja hinggalah kepada seorang wanita tua berumur 74 tahun.

Seperti dijangka, kemuncak kehangatan malam itu tercetus tepat pukul 10.45 malam. M. Nasir muncul dengan lagu Rajawali. Riuh-rendah jeritan penonton yang menyanyi bersamanya.

Sesiapa yang pernah menonton persembahan Nasir pasti tahu bagaimana dia menguasai pentas dengan gaya tersendiri yang sesekali kelihatan seperti seorang pahlawan Melayu.

Nasir bijak berkomunikasi dengan penonton walaupun kata-kata yang dipilihnya mempunyai maksud mendalam.

Katanya, penonton tidak boleh relaks menyaksikan persembahannya tetapi mesti ‘layan’ persembahannya supaya boleh ‘masuk’ dengan lagu yang disampaikan.

Nasir yang terkenal dengan perwatakan serius tampak ramah dan mesra. Sesekali komposer terkenal Ramli M.S yang turut menonton persembahan itu diusik kerana popularitinya.

Sempat juga Nasir bergurau. Katanya, orang Malaysia telah ‘diIndonkan’ dengan lagu-lagu kumpulan dari seberang seperti Peterpan dan Radja.

“Kita ada lagu sendiri,” kata bekas pengetua Akademi Fantasi 3 itu dengan ketawa yang bersahaja.

Walaupun ada segelintir penonton yang hadir bercitarasakan penyanyi antarabangsa, namun mereka berpuas hati menyaksikan aksi Nasir di tempat eksklusif seperti Planet Holywood.

Sebanyak 16 buah lagu disampaikan termasuk Rajawali, Raikan Cinta, Tari Rimba Mistikal, Berikan Nurbisa, Sentuhan Listrikmu, Mentera Semerah Padi dan Bukalah Hatimu.

Memang rugi jika tidak berpeluang menonton persembahan Nasir kerana persembahannya memang menghiburkan dan mengasyikkan.

Antara selebriti yang kelihatan di Planet Hollywood pada malam itu ialah Misha Omar, Ramli M.S dan Hattan.

Bagi yang terlepas persembahan itu, pastikan janji temu anda pada 19 Februari ini pukul 10 malam kerana Planet Hollywood bakal bergegar sekali lagi dengan irama jiwa M. Nasir.


p/s:
Kinda of lucky to be there and witness the LIVING LEGEND in action ~!!! Watch out for the NEW album next month with his twist and genius at pop music... ( some of his latest numbers are Oh Juwita, Dari Sini Ke Eternity, Dalam Lambaian Firdaus, Balada Seorang Teman, Apa Lagi, Setiap Dambaan and Bahtera Raudah ).



Ulasan

Nazim Masnawi berkata…
Still ingat lagi. Aku teman bapak aku kat DBP. Bapak aku time tu tgh berbual dgn sorg member kat tempat parking. Sekali, ada satu kereta ni nak parking ikut bontot tapi tersangkut-sangkut. Bapak aku dgn member dia tolong adjust 'kemasukan' bontot kenderaan tersebut agar tak tersalah 'parking'. Dapat! Pemandu dia keluar, bapak aku memerhatikannya. "M. Nasir!" bisik bapak aku. Tanpa membalas pandangan, M. Nasir menghempas pintunya, mengtit-totkan kereta dan terus berlalu tanpa mengucapkan terima kasih atau melambai tangan tanda terima kasih. Bapak aku dan member dia terkebil-kebil sendiri.

Moral cerita: Jangan bersikap aku-popular-dan-berbakat-maka-aku-ada-hak-nak-kerek-dan-sombong-tak-tentu-pasal-to-all-those-motherfuckers-out-there.
Nazim Masnawi berkata…
But then again, his music is still excellent nonetheless.
kulatkulat berkata…
katalah apa orang nak kata, tapi M.Nasir tetap M.nasir dihati Opie. Hehehehe.
Ntah bila & bagaimana pun tidak dapat dikenal pasti, but he is my 99.9% man from my opinion. I love all of his songs & himself.
melalui pendengaran, pembacaan & penglihatan, opie tetap memuja m.nasir. Bila diberi peluang menemuramah M.nasir beberapa kali memang kaget tapi perasaan tu hilang bila M.nasir berbicara. jawapan kadangkala gagal memenuhi kehendak tapi itulah M.nasir himself.

U forget to mention my name, heheheh. Berada tak sampai beberapa depa dari M.nasir malam itu sewaktu pesembahan, rasa sungguh dekat. tambahan lagi apabila dia memanjat meja yang kami duduk & menari dengan senang hatinya. Aku pasti akan ke sana 19 ini nanti. Sentuhan listrikmu punya pasal. tapi tak silap, M.Nasir menyanyikan 13 buah lagu malam tu. Gerhana & hati emas rocks!

Tetap cinta M.Nasir
thesandman berkata…
Teori aku untuk Nazim Masnawi:

1.Dia tidak mahu mengganggu perjalanan masa kedua-dua belah pihak. Mungkin si bapak ingin sahaja meneruskan conversation dengan temannya sejurus dikacau sejenak oleh M.Nasir secara tidak sengaja. Dan mungkin juga M.Nasir terlewat untuk menghadiri urusan appointment di DBP pada hari itu sendiri.

2. Mungkin fikiran dan perasaan M.Nasir terganggu tatkala itu akan hal-hal emosi yang kadang-kadang tidak terkawal langsung oleh hati manusia. Mungkin juga dia menghadapi masalah peribadi sehinggakan terjadi sesuatu yang kita semua gelar hari ini: ‘Jiwa Kacau’. Dia tidak 'sengaja' barangkali untuk mengucapkan terima kasih.

3. ...Tapikan M.Nasir hanya mahu menjadi M.Nasir dan tidak mahu menjadi sang hipokratus yang berpura-pura sopan sedangkan dia tidak ingin langsung bersopan pada rentetan kejadian itu. Atau mungkin juga dia serba-salah tidak tahu hendak jadi siapa pada masa itu ( ada sejarahnya mungkin ).

Yang significant sekarang, sikap itu kan subjektif. Jadi moral yang wujud ikut dasar cerita tadi masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang sebenarnya.

: ) And yes --- Could’nt agree more, his music IS still excellent nonetheless.


Ucapan aku untuk kulatkulat:

M.Nasir itu living legend yang sangat RARE kewujudannya. Penghargaan kamu itu sangat authentic dan valid dalam situasi begini. Dia cukup feel dengan orang-orang kebanyakan seperti kamu, saya dan Nazim Masnawi. Sebab itu dia buat lagu rakyat.

Karya-karya M.Nasir memang fitrah ‘hidup terus’ untuk semua.
Nazim Masnawi berkata…
Maklum balas aku utk teori Sandman terhadap kenyataan aku...

1. Masa? A little "thank you" won't even take a half of minute.

2. This is kinda weird. "Tak sengaja". I dunno, if he's an Artis Mangga. Are we really gonna eat that excuse? Don't think so.

3. "...tidak mahu menjadi sang hipokratus yang berpura-pura sopan..." - this is even weirder. It just a thanks, man. You don't hafta be the sweetest guy on earth to say that. Just be yourself and believe me, you can utter that word smoothly.

The more significant thing is... he maybe an asshole but we can't never deny his talent. This is the problem that surrounds our audience: always campur adukkan an artist's work with his/her personal. Hell, my dad still angin with what happened to him that day but still, he play Canggung Mendonan occasionally in his car.

P/S: Selalu terpikir about Eminem's fate if he is from around this region. Or when people finds out about P. Ramlee's trueself. Always wonder how the Siti-driven audience would react. Those motherfuckers!
thesandman berkata…
Heh! ~ Point well taken.

:D
UseePP berkata…
apa carut2.... nih? aku sebagai org neutral.... biarlah memahami apa yang ingin difahami yang lain pedulikan.... contohnya, kalau org yang korang sayang tuh buat benda tak tentu arah dihadapan org lain cntohnya korek hidung di khalayak ramai.. tapi bagi koran benda tuh tak perlu diperbesarkan sbb dah sayang.. sama ngan benda nih kalau dah minat... sumer yang tak elok akan jadi biasa dan begitula sebaliknya.. proud to be malaysian... carut2.. balik melaka la.. lahabau..... :p
thesandman berkata…
UseePP...

Just stay out of this and leave it to the grown ups,aite?
areyoung berkata…
"FAIZAL, AKU DAH KATA DAHHH!!!"
(Jangan marah arrr.. hehe)
thesandman berkata…
areyoung pun.

Ini takde kena mengena dengan awak ye...