Ketika ilham hadir memeluk erat hati dan jiwa,
hanya kata-kata dapat melebur segala yang dirasa



( Ada Pesan Buat Yang Tahu )


ada pesan singkat buat yang tahu
sebentuk puisi
menyelinap pada kelam

seperti kegelisahan
menyelinap dari hari-hari pengap
terjejak pada kata

sebaris pesan rahsia
makna diterpakan puisi
suatu ketika

seperti kegundahan
mengendap ke dalam mimpi
menjelma goda kata rahsia.

Ayuh! Menjelmalah di'kau'.


p/s: Perjanjian ini tak dapat di ubah ;

"Malam adalah malam, siang tetaplah siang!"

Ulasan