No. #9

( Memento dan flashbak TENTANG 2005 )


" ...patience will always be a virtue ~ "


Sekarang ni, aku kerap menghabiskan masa dengan melihat, memerhati, memantau, menganalisa, mengkaji dan mendalami hal-hal yang berkaitan dengan masa depan. Aku dah berani berfikir soal komitmen. Akan tetapi, aku masih teringat tak berapa lama dulu, aku macam goyang dan rasa hilang arah bila orang bertanya soal ‘masa depan’ dan apa perancangan aku untuk menghadap ‘masa depan’. Maklumlah, dulu aku penganggur. Dan secara lazimnya pulak, para penganggur biasanya kurang berkeyakinan berbicara soal ‘masa depan’. Mungkin aku fobia masa tu sebab bekalan aku nak membina ‘masa sepan’ tak cukup. Kerja tetap pun takde, apatah lagi gaji tetap kan?

Apa pun, aku berpegang pada satu prinsip, satu etika kod yang aku pegang sejak lama dahulu : Bersabar dan kesabaran itu pasti akan berbaloi.

Dan aku cukup tak percaya dengan kedudukan dan situasi aku sekarang. Macam dalam mimpi. Siapa sangka, kerja suka-suka baca komik dan kumpul komik yang aku mulakan hampir 13 tahun dulu dah bertukar menjadi satu profesion buat aku. Aku kerja buat komik, aku kerja bikin komik.

Susunan perenggan-perenggan yang diatas ni nampak janggal dan pelik tapi aku tahu maksudnya cukup jelas. Kalau kita semua bersabar dan cukup yakin berserta kuat usaha dengan apa yang kita lakukan selama ini, dengan izin Tuhan apa yang dihajati akan tercapai. Kuncinya sabar dan terusan bersabar, walau apa pun yang datang. Pahit atau manis. Berat atau ringan. Hidup kena ada challenge sikit baru best.

Bagi 2005 dan untuk ranking tempat ke #9, aku nak cakap yang akhirnya kesabaran aku menghadapi cabaran dan dugaan sepanjang perjalanan ke sini akhirnya berbalas kepuasan. Syukur aku Alhamdulillah.

Inilah masanya aku mempertahankan, apa yang selama ini milik aku.

























Masih banyak yang perlu 'diperlaku' dan 'dipersembah'

Ulasan

sundalmalam berkata…
aku pon tak sangka ko akan berada di tahap nih..Rezeki Allah!

Aku tetap berada dibelakang kau, walaupon aku skang nih macam dah bermakna untuk ko...heh...