No. #10

( Memento dan flashbak TENTANG 2005 )



" ...bela rambut panjang cam ala M.Nasir konon, endingnya dah macam Mat Rock kangkang ~ "
















In a way, aku sebenarnya dah lama benar nak berambut panjang. To be honest, since zaman aku bersekolah rendah sampailah habis universiti. Dengan segala daya tersebut, time tu memang niat aku nak jadi rebel. Benda yang paling-paling aku suka langgar ialah peraturan larangan berambut panjang. Bukan apa, aku tengok idol aku yang ada darah-darah seniman tu semuanyer punya free hair panjang lurus mengurai. Tambah pulak cabaran dari member-member aku yang dare aku bela rambut. Orang kata aku nampak 'cool' berambut panjang(bukan aku kata ye... orang kata ye). Long story short, setiap kali ajer rambut aku mula nak bercambah, ada la cikgu displin yang dengki atau pak guard ITM yang murah hati nak hulur aku saman. Terbantut hasrat di jiwa.

Abis belajar: satu peluang keemasan. Aku belasah cukup-cukup, pedulik apa orang nak kata aku kutu ker, rocker kampung ker, apa ker... yang penting gua puas! I have been waiting for this chance and opportunity since ages.

Untuk memori terbaik aku yang be-ranking ke #10 untuk 2005 ialah berambut panjang. Mungkin sekarang ni aku dah berambut pendek semula(aku telah melunaskan fitrah nazarku pada tanggal 1 Mei 2005 dengan upacara potong rambut sebab confirm kerja). Mungkin jugak ada yang bersuara mengatakan diorang suka dan rindukan aku berambut panjang. Apa-apa hal,no worries. Kalau datang ilham aku nak berambut panjang balik, panjanglah ia.

Aku membesar dengan rasa puas hati kerana salah satu impian fizikal aku sejak di bangku sekolah yang berakar di atas kepala akhirnya terlunas jua...

HAHAHA.


p/s: songkok raya aku hilang lagi weeiii... pulangkan!! pulangkaaaaannn!!! : (

Ulasan

areyoung berkata…
Alangkan M. Nasir pun sudah berenang di arus perdana bersama Mawi wei..

Persoalannya :

'Bila kau nak berenang bersama Joel Madden?'Haha!
thesandman berkata…
ada ke patut aku ni disamakan dengan si loser tu.

H.A.M.P.E.H