TENTANG 2005

...untuk yang terlanjut dan selanjutnya.

Tak lama lagi nampaknya. Dalam tempoh lebih kurang sebulan(31 hari), kita semua akan memberi ucapan selamat kepada 2005. Maknanya satu lagi tahun yang baru akan tiba. Banyak yang datang dan banyak jugak yang telah pergi untuk keseluruhan tahun ini. Ini secara tak langsung memberi peluang dan ruang untuk aku membuat review secara collective dan concise tentang perkara, peristiwa, sejarah, tentetan, kejadian, memori dan kenangan yang terjadi dan berlaku sepanjang 2005; secara langsung atau yang tidak langsung, secara sengaja atau yang tidak disengajakan...






























Inilah maksud entry blog kali ini. Yang sepatutnya dan seharusnya dilakukan. Kadang-kadang aku terfikir beberapa jenak(plural untuk singular ‘sejenak’), apa tujuan nyata aku blogging dan apa tulisan yang boleh dan wajar aku persembahkan. Dalam masa yang sama, aku pun mula berkira-kira: Siapa pembaca entry-entry blog aku ni? Jenis pembaca dan manusia semacam manakah mereka-mereka ini? Pembaca biasa? Peneliti? Penyinggah? Peminat? Pencinta? Pengkritik? Pengutuk? Penyokong? Atau hipokratus semata-mata?(aku cuba untuk membuang jauh-jauh persepsi skeptikal terakhir itu tadi, tidak patut rasanya berfikir sebegitu).

Dengan pemahaman dan pengalaman yang aku peroleh daripada kelompok serta khalayak yang wujud di sekeliling aku, aku terus termenung. Bermenung dengan rasa sarat isi, bukan menung kosong(itu hanya anggapan aku). Ada orang kata aku kuat berkhayal. Ada orang kata aku gagah bermimpi. Ada orang kata aku leka berangan-angan. Hanyut dan lemas terus-terusan dengan dunia lamunan yang aku ciptakan sendiri.Terbuai dengan hayunan deras imaginasi yang tiada kesudahan, tidak berpenghujung.



Aku katakan ‘ya’ pada itu semua.



Aku seorang moralis mimpi.



Aku perpegang teguh pada harapan-harapan maya itu yang akhirnya(bagi aku), tak mustahil berkenyataan. Percayalah. Ini pernah dan sedang terjadi pada aku sendiri. Mungkin ini satu jawapan yang dapat memuaskan hati semua.

Begini. Aku mahu wadah blog ini sebagai satu saluran untuk aku menjana ilham, bertukar-kongsi pendapat dan meluah-lahirkan idea yang sudah siap sedia terbentuk dari ‘dalam’ diri. Bagi aku, ini merupakan satu antara berbagai langkah atau cara untuk menzahirkan sesuatu yang kita kurang selesa berterangan-terangan secara terbuka. Yang ada di sini hampir semuanya ikhlas dan jujur(tanpa berselindungan). Walaupun kadangkala terdapat segelintir tulisan-tulisan samar dan kabur yang punya cubaan untuk ‘menyembunyi’, ia tetap terhurai dan jelas buat yang tahu dan mahu memahami.

Sudah. Cukup aku rasa. Segalanya sudah memadai. Sebab dan akibat atas semua segala entry yang ada pada blog ini akan aku pegang dan galas atas tanggungjawab sendiri. Dengan ini, aku ingin memaklumkan bahawa bagi apa yang tertinggal untuk 2005(dalam tempoh sebulan dan selanjutnya), akan diperjelaskan semula semua rentetan penting lagi signicant yang telah dan sudah terjadi sepanjang 12 bulan ini. Perjalanan hidup yang pastinya muat isi dan pati kandungannya.

Ini termasuklah cerita-cerita menarik, orang-orang baru dan lama yang aku kenal, pengalaman bagus dan tidak berapa bagus, kerja dan amal aku, kejayaan dan kekecewaan, inspirasi dan ilham beserta bermacam-macam lagi post-mortem sepanjangnya.


Bila ada cerita baru, pasti kita akan bertemu dengan segala rangkaian dan aneka bentuk perkara tentang apa, siapa, kenapa, bila dan bagaimana? Mungkin ada yang pernah dengar, mungkin ada yang tidak. Mungkin jugak ada yang turut merasai atau melalui jalan yang sama aku lalui. Atau mungkin juga ada yang masih menunggu sepanjang usia untuk ‘sesuatu’ berlaku.



Inilah cerita aku tentang 2005.




p/s: (dan mungkin jugak aku bercakap dan menulis terlalu banyak tentang benda-benda yang korang tak faham langsung dan membuang masa korang setiap kali melawat laman ini)

Ulasan