RAYA 2005

PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI
DARI SEORANG UNTUK SEMUA ORANG
1 SYAWAL 1426H / 3 NOVEMBER 2005



Assalamualaikum .

Alhamdulillah, pertama-tama marilah kita sama-sama panjatkan syukur ke hadrat Allah swt yang dengan izin dan limpah kurniaNya, telah dapat kita sempurnakan ibadah puasa sekali lagi dalam keadaan aman dan damai di negara kita yang tercinta ini. Walaupun di antara kita ada yang berpuasa di dalam suasana dan emosi yang jauh lebih mencabar dan tercabar, aku mendoakan agar semua itu akan menjadi penyebab bagi kurniaan rahmah yang lebih lumayan dari yang Maha Esa.

Namun sentuhan Ramadan tahun ini telah juga berjaya menonjolkan ciri-ciri anggota zahir dan batin supaya lebih banyak bersabar dan berserah dari menyerlahkan kepentingan peribadi. Umpamanya, disamping menghidupkan Ramadan dengan ibadah, kesedaran dan keinsafan... kita juga menyaksikan usaha-usaha lebih gigih oleh kita semua untuk mengukir senyuman di hati bagi meringankan beban dosa dan noda ini.
Syabas saya ucapkan kepada semua mereka-mereka yang telah berpegang teguh kepada tuntutan agama ini. Pada masa yang sama aku ingin berpesan supaya lebih ramai yang mampu akan mengikut jejak langkah ini ( terutamanya diri ini yang masih lagi terus belajar untuk ‘hidup’ )

Pada menjelangnya hari yang berbahagia ini di samping kita meraikan kemenangan perjuangan bulan Ramadan dan yang lanjutnya di suasana Syawal, izinlah diberi peluang memberi ucap selamat buat mereka yang layak menerimanya :

Untuk Mama dan Babah, aku sembah salam dan ampun maaf sebab terlalu banyak dosa dan salah aku yang tak mungkin dapat aku perhitung. Tuhan saja yang Maha Tahu dan dia saja yang mampu membalas budi jasa itu. Aku kenang pengorbanan itu sampai habis nyawa aku dan hingga ke hari penghabisan kelak.

Untuk adik dan beradik, korang semua best sebab banyak ajar aku jadi abang yang bertanggungjawab, tapi aku tetap nak mintak maaf kalau ada gaya pengetuaan dan corak pengadilan aku yang kurang kena. Oh! Raya ni kalau nak duit raya kena mintak. Tak mintak, aku tak kasik.

Untuk geng Subang Supreme : Abu, NikNadzru, Affendi (Bob), HafidzNasir, Ali, Najib, Afdal, Azli, Ita, Zeeka, Zaki, Humaizi, Hanan, SaidGile, Ariff, Fendi, Fairuz, Reyhana, Emma, Wani, Elisha, Suzanna, Izwaa, AdzaAniz, Shahiran, Naqi, Fauza, Lob, Husaif, Shuib, Emi Efeezam (berani lu kawin ngan boss gua!), LailiAdlna, SophiaSuraya, Fizlee, Erman, Kahlil, Harris, Asrol, Bijan, Redu, Lidia, Zaid, Noraini, Nazila, Ijad, Suhaiba, Umi Nadia, Hanafi, Shazri, Jazri, Tun Fatimah, Natasha, Zack, Fazli, Mustakim, Mustazim, Zikree, Zul, rejimen-rejimen seangkatan kat Sekolah Sri Subang / Subang Utama termasuklah mentor dan cikgu-cikgi kat sekolah, budak-budak bola padang 7-11 kat SS18, kroni-kroni James Bistro kat SS19, kartel-kartel komik aku kat Comics Corner, Mind Shop ngan DreamHutt, semua yang ada atau tiada dalam lingkungan komuniti friendster aku dan keseluruhan individu yang pernah ada human atau inhuman contact secara direct atau indirect dengan aku. ( Sesiapa yang namanya ada keciciran disini, sila kepilkan nama anda didalam ruangan comment yang sedia ada untuk mendapat ucapan maaf secara terus dan telus )

Untuk geng Ultimate UiTM : Iznan, Botak, Ejai, Amyzaddin, Alfy, Syam, Intan, Anne, Ain, Aini, Che’Nor, Nazi, Zura, Min, Mimi, Norlie, Rozidah, Anas, Emi, Melati, Aishah, Fikri, Moklen, Raihan Fazli, Raof, Nana, Nani, NurHafizah, Zeti, Zurien, Yongster, semua yang pernah satu kelas ngan aku atau tidak dari zaman Matrix MassComm 1999 sampai MassComm 2003 and beyond ( lu semua memang ‘WORLD’ ), semua senior dan junior aku yang declare ngan tak declare ( aku tak kisah sebab aku pun tak pegi induction! ), lecturer dan sifu-sifu kat fakulti dan segala ‘isi perut’ universiti terulung di Malaysia itu yang terletak di Shah Alam atau sedestinasi dengannya. ( Sesiapa yang namanya ada keciciran disini, sila kepilkan nama anda didalam ruangan comment yang sedia ada untuk mendapat ucapan maaf secara terus dan telus )

Untuk Kabinet Karangkraf dan Kabilah-kabilah lain : Everyone and Everybody ( Kerajaan Karangkraf ni macam satu negara sendiri, ramai sangat orang untuk budak baru macam aku ni nak ingat ). Special Shout-Out dedication for Comic Clan of the Karangkraf Comic Department – Bro Roy, Bro Apai, Bro Niezam, Bro Gayour, Bro Padi, Bro Lan, Bro Kareno, Bro Aura, NaniHaryani, Aida, Saylo, Fatt, Diana, Deqa, Maman, Adin, Ayiem, Amang, Kobis Bungo, Yama, Linda, Zayla, Nana, Kak Rof, JJ, CK dan geng yang ada dalam Gen-Y Department : JOM!, G3, KLIK, Bintang Kecil dan e-Baca ( imagination is unlimited! ). Sekali la dengan Opie, Nazri, Liz dan lain-lain yang ada kat ‘sebelah’ sana. Big Boss a.k.a Tuan Haji ( Tokan Besar Majalah kat Malaysia ni )... Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. ( Sesiapa yang namanya ada keciciran disini, sila kepilkan nama anda didalam ruangan comment yang sedia ada untuk mendapat ucapan maaf secara terus dan telus )

Untuk kawan dan teman yang aku anggap rakan dan sahabat,
semua-semua pun aku ada buat silap dan salah sebab aku tau yang aku ni manusia normal ( bukan superhero yang macam selalu aku gembar-gemburkan itu ). Yang terlepas, terkata, terlanjur, terlalu, terlebih dan terlupa tu... aku harap korang semua sanggup dan boleh maaf lupakan. Sebabnya aku tak nak tanggung ingatan yang bukan-bukan dalam memori aku ni sebab kapasiti untuk benda-benda yang macam tu dia tak boleh nak simpan banyak-banyak sangat. Kalau overload dia bahaya.




Untuk ‘seseorang’ : ( # aku akan biarkan ruang ini kekosongan sebab belum ‘datang ilham’ nak di isi lagi # )



Marilah kita tanamkan azam untuk terus hidupkan nilai-nilai murni lagi sejagat yang telah kita hayati sepanjang bulan ini seperti kesabaran, keinsanan, keikhlasan, kemurahan hati tanpa mengira dan banyak berkira. InsyaAllah, komitmen dan semangat kita di dalam menegakkan dan menyebarkan kerohanian diri yang sebenar, akan memastikan bahawa risalah yang dibawa oleh 'al-Amin' akan terus menyentuh sanubari dan menyinari kehidupan setiap insan dan makhluk di dalam alam ini.







































Semoga pengalaman 30 hari ini dapat kita manfaatkan untuk mempertingkatkan manifestasi semangat yang ada dalam diri kita semua


"Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin"

FAIZALMUKHTAR
SANG SAUDAGAR MIMPI

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Thank you for the informative blog
Here is some additional resources for Toolbars and included is a list with Most all toolbars now used.
Toolbar if you or your readers are interested
Tanpa Nama berkata…
first-class blog! i like it. This may be of interest to you to stop football betting system There's lots of information about football betting system
Tanpa Nama berkata…
Hi, I just found your blog here to be great so I thought I'd pay you a compliment. I think it's great so I bookmarked it! I really like it when people compliment my blog so I'm doing that for you. Hope you don't mind.
My site is nothing special, it's about rashguards, and rashguards related stuff.

You should come check out my blog if you have spare time :-)
areyoung berkata…
Selamat Hari Raya Faizal, maaf zoher & batin...

Nak dtg umah makan lontong bleh?
thesandman berkata…
ada lontong ke rumah aku... camner tau?
Tun Fatimah Nazam berkata…
hey.. lead by someone to your page and eeiii bestnya nampak ada gak nama aku yg tak glamuor nih kat sini walaupun dah lama tak jumpa kan kan kan??? skang masing2 dah tua.. sob sobb.. all the best to you man, kawin ajak aku.. aku suka nih kalau makan kenduri. siap aku tapau bawak balik singapore hehehe... mwah mwah!!!