Layang-layang Terputus Talinya.


Pagi Jumaat tadi sedang aku separa lesu dan layu ke tempat kerja... tiba-tiba aja jentera emosi dan enjin kepala aku di panas-gerakkan dengan satu lagu ni yang datangnya entah dari mana (betul-betul makan dalam lagu ni,gua cakap lu!)


Berarak mendung kelabu
Mengekori langkahku
Sepanjang kehidupan
Penuh dugaan
Namun aku tetap aku

Kucuba dan terus mencuba
Mencapai suria
Walau membakar jiwa
Walau aku dihina
Namun aku tetap aku

Derita oh derita
Engkau di mana-mana
Walaupun jauh aku berlari
Mahupun berdiam diri
Namun indah mimpi dari realiti
Hidupku tanpa arah
Bagaikan layang-layang
Terputus talinya

Tapi pasti suatu hari nanti
Sinar suriakan menjelma



Habis lagu --- langsung syahdu sampai sekarang. Apa la nak jadi dengan aku ni??? :p

Ulasan