INTROSPEKSI JIWA (BAHAGIAN PERTAMA)





















“ I’m not as raw as some people have made me out to be, but I’m probably worse than I think I am.”
- penulis

( Entry ini harus resap bila di iringi dengan gubahan puisi lagu di bawah )

Entah berapa kali ku cuba membohong hati ku ini. Hebat dilanda rindu padamu, namun semua alasan... rapuh bagaikan awan berarak. Yang memang tidak pernah abadi dan terlalu cepatnya berlalu. Pabila di giring angin dan mudah pula layu, selepas ia melimpahkan titis-titis ehsan. Kini hatiku sangat terdesak...

***

Secara jujur dan terus terang,apa yang anda rasakan setiap kali perkara ini terjadi atau berlaku tanpa dirancang?
Rasa keterujaan yang sukar dizahirkan dengan apa-apa sahaja yang ada yang ada dalam emosi,jiwa dan perasaan manusia normal. Nikmat luarbiasa dan kegembiraan yang sememangnya menakjubkan. Kadangkala,ia berlanjut lebih dari kawalan sendiri.

Kenapa selalunya juga anda kelihatan tidak keruan,tidak tentu arah,hilang punca segala arah,panik,cemas,bimbang dan langsung khuatir bila ‘rasa’ itu hadir?
‘Rasa’ itu selalunya datang tiba-tiba dan sudah pasti tiada apa-apa yang dapat halang apatah lagi menyiapkan diri untuk berkeadaan demikian. Semuanya bukan dibuat-buat atau dilakonkan malah itulah dia kenyataan yang terpaksa dihadapi. Dia barangkali ada suatu ‘magic’ yang hanya tegar dan lolos pada diri ini.

Bermakna, anda lemah atau hilang daya(berfikir dan bertutur dengan waras) bila setiap kali ‘rasa’ itu datang?
Ya,secara total dan menyeluruh. Namun kemampuan emosi seolah-olah menjana dengan lebih kuat setiap kali kedatangannya... lebih-lebih lagi pada pertemuan yang sekali ini (sambil tersenyum lebar).

Kejadian tempoh hari sungguh menakjubkan dan amat istimewa buat anda. Boleh gambarkan secara peribadi bagaimanakah kesannya sehingga sekarang?
(Terdiam) Begini. Ada beberapa perkara dalam hidup yang layak mendapat tempat dalam hati dan ruangan memorial jiwa. Soal perasaan sangat dalam. Tidak semua orang boleh kawal perasaan ini kerana rata-ratanya tumpas juga bila penangan yang wujud terlalu hebat. Tidak kira berapa lama seseorang itu mampu bertahan menghadapi serangan sebegini,masih ramai yang tewas dengan peperangan perasaan.

Kenapa harus berperasaan terus-terusan sebegini sedangkan anda boleh memilih yang lain: sebagai contoh - lupakan saja semua,ubah rasa hati,tetapkan pendirian dan sebagainya. Kenapa pilih untuk jadi sebegini?
Ini satu fitrah semulajadi manusia. Sesiapa pun akan jadi bingung bila perkara semacam ini terjadi. Bingung yang dimaksudkan ialah bila segenap perhatian sudah diragut,pilihan-pilihan lain tampak tidak mendatangkan apa-apa faedah. Manfaat apa lagi yang tinggal bila ‘organ-organ’ jiwa sudah diragut dan disentap dengan kuat! Nak dilupakan? Boleh tapi 100% mungkin mustahil. Nak ubah rasa hati? Boleh tapi kena ada seseorang yang lebih unggul menggantikan gelaran yang disandangnya. Tetapkan pendirian? Boleh tapi esok-esok mesti ada anasir luar yang mengubah diri supaya kembali berperasaan seperti sediakala. Dan ini bukan sebarangan anasir yang boleh ditolak apatah lagi dielak dengan mudah-mentah.

Pada fikiran dan naluri anda, kamu rasa dan yakin dia sedar tentang kelakuan dan tindakan anda ini terhadapnya?
Ada kebarangkalian,besar atau kecil itu kurang pasti. Namun secara peribadi juga sekali merasakan yang dia hanya melihatnya dari sudut yang sangat picisan dan picingan.

Fikirkan ini: katakan ‘rasa’ anda ini terbalas sama ‘rasa’ seperti anda dan dia sudah menampakkan ada ‘sesuatu’, apakah maklumbalas/tindakbalas/gerakbalas anda tentang perkara ini dan apakah langkah seterusnya yang akan anda lakukan?
( Ketawa kecil ). Mustahil! Kalau pun ia terjadi TERLALU peribadi untuk jawapannya di berikan disini - Maaf.

Apa tarikan ‘kuasa’ dan ‘tenaga’ yang ada pada dia sehinggakan anda jadi begini?
Setiap manusia,tidak kira yang punya sama rasa ini ataupun tidak pasti ada terfikirkan tentang perkara atau persoalan ini: ‘Alangkah baiknya jika dapat lihat atau miliki ciri-ciri ini pada seseorang yang diminati atau disukai?’. Bahasa lainnya dipanggil ‘Dream Girl/Dream Guy’. Maksudnya disini orang yang dikagumi itu harus sempurna serba-serbi,memenuhi citarasa hati dan perasaan,tidak boleh lepas dari ingatan dan lain-lain yang indah tentang perihal seseorang itu. ‘Kuasa’ dan ‘tenaga’ yang ada pada dia menyamai ciri itu dan tidak semua orang memiliki peluang seperti ini. Bertuah serasanya... sangat bertuah kerana dia wujud dalam kehidupan ini dan sedar akan kewujudan ‘rasa’ ini. Dia adalah ‘Dream Girl’ yang selalunya hanya muncul dalam mimpi.

Perancangan anda seterusnya selepas hampir kesemua ‘wish list’ anda tentang dia sudah dipenuhi?
Hmmm...

Apa komentar yang selalu didengari dan kerap anda perolehi dari khalayak sekeliling setiap kali perkara sebegini berlaku secara tiba-tiba?
Tidak sangka sama sekali yang dia sudi dan sanggup ke sini, apatah lagi bertemu langsung berbual. Kehadiran pasti diperhati khalayak,lebih-lebih lagi yang sudah ketahuan situasi dan keadaan sebenar. Biasanya kata-kata ini sering ditelan(tapi jarang dihadam): ‘angau dah mamat nih,dah sudah dia buat lagi,kemaruk dia mariii dah,jangan harap la dia nak duk diam lepas nih,tido senyum la malam ni’ dan lain-lain lagi.


( wawancara ini bersambungan di bahagian yang kedua kelak )

Ulasan

areyoung berkata…
Apa yg kita rasa tak mampu nak dapat.. tu lah yg selalunya buat kita teruja sgt.

Oleh kerana ko bernama lelaki, harapnya ko istiqamah, tu je ;)
kulatkulat berkata…
kemarin..gue dengar cerita ini secara jujur & spontan oleh pemunya rasa. Indah banget ya?
Well.. it sumthing u'll be excited & cant get ur head out of it..
Surprises r gud... n me myself loves surprises.
Aku kayaknya faham benar apa yang kau rasa kerana perasaan itu hadir pada waktu yang sama walau tempatnya berbeda. wataknya juga berbeda karena aku yang menyapa 'hoi' (konon² aaa) pada empunya diri yang lain. jadi.. faham benar perasaan anda itu ..heheh
I'm happy for u...
Tanpa Nama berkata…
istiqamah dan wasadthiah itu sentiasa dilembaran pesanan ibu sejak dari dulu lagi. Terima kasih juga ingatan yang kali ini(...dan ya,terujaan yang dimaksudkan memang takkan jadi milik kekal)

***

if there're people out there who is happy for me each and every time this thing happens: I'm glad that they all understand the exact nature of this ultimate feeling. not to be overly emotional nor sentimental but... it is SO beautiful that no words can comprehend this amazing experience neverwhere.

Its true.
vovin berkata…
Yaaaa...sekali lagi walaupun aku tak tahu apa-apa, tapi aku tumpang gembira.
thesandman berkata…
heh! ; )

lu punyer pasal,kawan... aku boleh dan layak cakap terima kasih.

Teruskan gerakan hidup sarat semangat sentimentalis macam aku!
Tanpa Nama berkata…
tak abih² lagi ke dia nih...? Arrrgghhh!
thesandman berkata…
benda macam ni mana ada ending,kawan...

: )