INTROSPEKSI JIWA (BAHAGIAN KEDUA DAN TERAKHIR)

Selesai penulis memberi sedikit isipati curah rasa tentang jiwa dan perasaan, sekali ini juga bukannya ruang untuk hanya berdiam diri dan berahsia tentang tentang keperihalan yang harus diketahui. Keseluruhan pojok wawancara ini akan di isi kesepakatan budi fikiran yang selama ini diselubungi daya perasaan yang sungguh dalam tenggelam bersama-sama sedar diri.

Nampaknya sungguh sulit bicara soal emosi dan perasaan. Sudah bersedia untuk berubah hati untuk terus ‘isi’ pengertian peribadi kamu yang hakiki (sebenar) dari terus hanyut dengan tiada arah hala dan tuju arah?
Kalau diberi masa dan peluang, ya... kerana nampaknya sudah tidak sanggup lagi berjalan dalam gerak ‘kepuraan-puraan’. Dia tidak harus diperlakukan sebegini apatah lagi diri sendiri yang sudah hampir kesuntukan ilham untuk berani bersuara tentang isi hati. Layaknya dia hanya untuk yang punya kemampuan dan keupayaan sejati. Tidak seperti rasa ini yang selalu dihimpit ragu-ragu.

Nah! Alunan teriak batin kamu sudah melaungkan semangat membakar segalanya. Ceritakan tentang azam ini.
Mulanya, ingin gigih usaha mencari masa hadapan agar diri sendiri,yang disayang dan tersayang kelak terbela jasad dan segala perkara. Tekun dan terus belajar tentang pengalaman hidup dan tidak mahu lagi berpegang pada kobaran kosong yang sering selalu timbul kembali berulang-ulangan dalam fikiran(dengan pandangan semalam yang bukan-bukan). Terusnya, harapan harus seiring bersama-sama semarak kemahuan.

Maksud kamu; CINTA?
(Tersenyum) Tepat langsung. Biarlah nampak berguna bila perasaan dan pengorbanan dihadapkan ke arah yang sepatutnya dan seharusnya. Harus lihat dalam-dalam... dalam diri yang tersirat. Pada siapa dan apa harus dipersembahkan jiwa. Berserah sahaja semata-mata tidak akan kemana-mana kerana diri pernah lalui jalanan khayal ini.Yang terbaik, bangkit maju dan biar kebenaran hakiki pada rindu... pada berahi kasih dan sayang... pada persona asmara terbukti akhirnya (pada pertemuan sebenar dengan cinta). Kerap kali ini kena ikut turut dengan jodoh.

Sudah bercongak-congak untuk mula mencari?
Bukan sekarang : Kelak.

Mahu bentangkan ciri-ciri dan komposisi selengkap imbangan sifat khusus pasangan anda (dari segi idealiti)?
Sambil-sambil yang terlintas sekarang tanpa sebarangan perbandingan dan tiada serasa prejudis ialah : punya keterampilan yang sempurna di mata hati (tidak perlu paras tubuh dan gaya muka semata hanya), cerdik meletakkan diri pada kahalayak, seimbang emosi dan mentaliti, punya tutur yang wajar dan ilham pendapat yang tersendiri, kurnia antigen jiwa yang istimewa dan lain-lain.

Nampaknya seolah-olah ingin dampingi dan miliki kesempurnaan pada kenyataan-kenyataan tadi.
Sempurna itu asasnya subjektif dan ada unsur-unsur peribadi. Penerimaan ini ternilai pada pandangan dan perasaan masing-masing. Sempurna di mata seseorang itu tidak tentu sempurna di mata dan hati orang lain,bukan? Ini ‘kesempurnaan’ yang dicari... setakat mana kemampuan diri layak mendapat haknya. Ini dipanggil keserasian (chemistry).












Dan dia yang anda puja,kagumi,tertarik dan punya cenderung keterujaan itu?
Sudah ditauliahkan sebagai harapan yang akan selamanya tinggal harapan. Alasannya ialah kelayakan. Biarpun hidupnya nanti akan bersama orang yang punyai lebih kelayakan peribadi, ini direstui perasaan diri yang sepenuhnya rasional. Ini bukan satu penyerahan pada takdir tapi lebih menjurus kepada kesesuaian supaya lebih ‘berpijak di bumi’. Dengan ini,segalanya akan nanti akan nampak munasabah kerana dasarnya wajar dan waras.

Jadi...
Keperawanan yang ada pada dia dan yang ada ‘dalam’ dia akan terusan menjadi srikandi jiwa dan perasaan, tapi tidak serupa seperti sebelumnya... sehingga ada marhaenis jiwa yang padan,patut,sesuai,mampu,boleh,sanggup dan yang paling penting percaya pada keterutamaan,kebesaran dan keagungan cinta sebenar.

Kemaraan kamu meneruskan perjuangan ini nampaknya sangat nekad dan sarat dengan tekad-tekad yang sungguh ‘terbuka’. Anda tidak gentar menanggung aib kemudian hari?
Tidak, sama sekali tidak. Ini pendedahan yang sepatutnya dibuat lama dahulu. Cuma semangatnya tidak hadir sederas sekarang. Yakin dan betul-betul percaya akan kenyataan dan kemampuan kebenaran ini.


" Berikan aku waktu
Ingin ku mengelamun sebentar
Berikan aku fajar dan matahari pagi
Supaya dapat ku lukis
Suara burung-burung berkicauan
Ku ingin tidur sebentar
Agar dapatku kumpulkan
Semua mimpi-mimpi
Dan ingin kulahirkan di atas pentas
Izinkanlah aku
Hidup cara sendiri
Biar malam berganti siang
Aku ingin belajar lebih jauh lagi
Aku ingin ketawa sendiri
Bila ilham datang dan mengusik jiwa
Bolehkah aku hidup bersamamu
Agar dapat mempelajari
Rindu bila kau tiada di sisiku
Hanya itu yang ku mahu
Harap kau mengerti dan senang padaku... "


- Hidup Cara Sendiri,Kembara.

Ulasan

cheqmentie berkata…
sahabat...
kau takkan dapat singkirkan dia dari hidup,kerana bayang-bayang dia sudah sebati dalam jiwa kau...
Ntahlar aku masih harap kau dapat merebut cinta dia, kalau tidak dia pun aku doakan kau akan jumpa dengan seseorang yang sesempurna dia ; ) chaiiiyyooo mr. sandman!
thesandman berkata…
tidak ada sesiapa pun akan tersingkirkan dalam hidup ini... kawan mahupun lawan(itupun kalau aku ada lawan).

seseorang yang sempurna dia?sempurna yang semacam mana ye...

dia tidak sempurna cuma ideal dan best : itu aje.

; )