SANDMAN UNPLUGGED : An Exclusive Entry for 2005 !
































Mula-mula aku nak maklumkan kat semua : Yang ini adalah tulisan aku yang paling terang dan jujur pernah aku alihkan dari dalam diri aku untuk sepanjang tahun ni.


( mungkin ada unsur sentimental jugak kali ni kot ... )


" Dah lama jugak tak duduk ‘diam-diam’ dan fikir ‘dalam-dalam’ pasal hidup,pasal masa depan,pasal cerita dulu-dulu dan yang paling aku rasa penting ... pasal diri sendiri. Hari ini aku rasa banyak sangat benda yang aku belajar dan aku alami yang mungkin ubah cara aku berdiri,cara aku bercakap dan cara aku berfikir. Pengaruh aku jugak banyak. Buat yang banyak tunjuk aku jalan hidup,aku cukup bertuah sebab aku belajar dengan cara aku. Sekarang aku dah tau pasal kenang budi,ingat jasa,hormat,sabar,lantang suara,yakin,tenang rasa,cekal tabah dan yang sangat-sangat aku hargai : matang jiwa."



Cerita dia macam ni.



Hari Sabtu lepas aku pergi satu acara. Acara mungkin bukan acara wajib aku tiap hujung minggu tapi kalau ada kesempatan aku mesti singgah sebab peluang. Macam biasa aku datang sekadar nak rehat-rehatkan kepala. Tengok gelagat orang, perhati telatah yang macam-macam. Sedang takder apa-apa dan sedang dalam ‘biasa-biasa’ tu, aku tiba-tiba jadi panik bila nampak sesuatu yang aku rasa tak patut aku nampak : Dia ada dekat situ!

Aku dah tak tahu nak buat macam mana dan tak tahu nak tunjuk diri aku yang mana satu ntah. Cuba kawal diri dan tegur dia seolah-olah aku ni tenang, langsung terus aku bertanya khabar. “ Kenapa datang?Kenapa datang?Kenapa datang?” – itu yang diulang-ulang dalam kepala aku. Lepas sessi bertegur-tegur sapa tu,aku duduk balik dan cuba sedaya upaya nak kumpul tenaga yang paling kuat dari dalam dan luar. Gagal sebab semua yang kenal aku dekat situ nampak aku panik,gabra,menggelabah semacam. Dapat sms jugak yang menambahkan rasa tak senang duduk aku sebab kawan aku tu tau aku mesti cuak gila kalau terserempak dia dalam keadaan tak sedia.

Sepanjang acara,aku banyak pandang dia dari belakang... aku pun taktau dia perasan ke tak. Bila habis ajer acara, dia terus keluar dan aku tak sempat nak buat apa-apa. Perangai lama aku kalau panik,saraf tindak otak aku jadi otomatik lembap nak mampos! Salah aku, aku mengaku. Padan muka aku jugak.

Balik masing-masing rase nak lepak. Duduk la kejap sambil layan-layan kepala aku yang tengah mereng dan jantung aku yang tengah angau tu. Janji nak lepak tempat lain, tiba-tiba lepak tempat lain pulak. Aku jenis yang tak kisah sebab tak datangkan hal pun. Dah turun kereta, baru aku paham. Ada perangkap halus yang diorang atur untuk aku sebenarnya. Dia ada kat tempat tu walaupun mula-mula aku bodoh tak nampak dia pun. Duduk tak sampai berapa minit, masih tak nampak dia walaupun kawan dia dah nampak aku dulu. Nak order tapi rase cam takder lak orang layan. Nekad pindah kedai makan sebelah sambil sibuk-sibuk kawan-kawan aku tanya OK ke. Aku takder masalah sebab tadi masa acara pun aku dah rasa cukup magic dah.

Tengah borak-borak,tukar-tukar kepala sambil makan... telefon bunyik pulak. “Datang sini kejap,nak jumpa boleh?”. Darah gemuruh aku datang balik. Nak kata suka,memanglah suka tapi panik aku ni kadang-kadang tak boleh kawal. Tak pikir dua kali terus gerak pergi tempat dia.

Aku nampak dia. Aku nampak kawan-kawan dia. Aku nampak kakak ipar dia. Aku nampak sorang bekas member baik aku dulu masih zaman-zaman muda dulu (kadang-kadang aku panggil zaman tu ‘zaman jahiliah’ aku sebab bodohnya aku masa tu aku ajer yang tau). Aku dikenalkan dengan serba ringkas. Dia siap bagi trivia pasal apa aku ni tersangatlah obses kat dia kat khalayak yang ada kat meja dia tuh : nama adik aku yang kecik aku amik sempena nama dia yang susah dan payah sangat aku nak lupa, nombor rumah aku dan rumah dia sama, aku minat sangat kat dia sampai macam-macam lagilah yang aku buat.... dari yang ntah hapa-hapa sampailah ke yang bangang sangat-sangat!

Tak lama dalam 10-15 minit, dia nak balik dah... letih katanya aku agak. Sempat ushar dia dalam senyap dan sempat jugak aku rakam peristiwa ni baik-baik dalam kotak fikiran aku supaya aku boleh mainkan balik bila masa aku nak layan jiwa. Dia hulurkan aku kad dia tanpa disuruh dan aku pun rase nak bagik jugak. Aku cukup gembira-bahagia dengan pertemuan tu.

“Malam ni confirm aku tak boleh tidur”. Mula-mula aku berseloroh la konon niat nak gurau. Balik, aku tak boleh kira berapa banyak kali aku bergolek atas katil,geram mata tak nak pejam walaupun badan aku dah kong. Jam aku agak dah berapa banyak kali pusing. Bukak lampu, bukak semua benda-benda yang aku dapat kat dia hari tu... langsung aku layan perasaan aku cukup-cukup sampai aku rebah koma esok pagi terlentangan.


Sampai lah ke hari ni, aku masih tak sembuh.

Ulasan

areyoung berkata…
Fenomena ini (kau tau apa namanya) mmg tersangatlaaah indah. (Dan ko tau kan camana aku fahaminya sepertimana ko faham waktu hari itu).

Biarlah kata2 @ perbuatan nampak cam bodoh, kerana itu caranya kita zahirkan apa yg kita rasa.(kadang2 di luar kawalan pun..)

Aku tumpang gembira! ;)
SayLo berkata…
SayLo tak tau lar kenapa SayLo tumpang sgt gumbira ngan perkembangan ko.

Maybe SayLo letakkkan diri SayLo kat tempat ko & dpt rasakan 50% aura teruja ko tu.

Although rasa tu menyeksakan tp indah sekali kan?!
vovin berkata…
Walaupun aku tak tahu satu apa pun, aku turut tumpang gembira....
thesandman berkata…
semua-semua pun buat aku gembira dan lapang - sekarang dah tak macam dulu.
cheqmentie berkata…
hah tu lah perangai ko tak abis-abis,seblom dia dikebas oghang baik ko amik tindakan beb.
Wah sahabat aku nih sudah kenal erti cinta dan rindu...cayalah!