Destinasi dulu-dulu(satu wadi perjalanan hidup)








































Teringat aku masih dulu lirih mencari-cari apa yang aku perlu dan harus buat dengan hidup yang semakin hari,semakin pedih menelan ketidak-tentuan. Siang malam tak tentu arah,tak tahu nak kemana dan dan dari mana aku nak pergi untuk 'pergi jauh'. Bangun pagi entah pukul berapa,makan minum pun 'yang ada saja',kalau takde apa-apa yang nak dihadap kat luar... duduk rumah bersenang lenang santai terus-terusan. Otak tak berfungsi semacam mana kemampuan sebenar yang aku perlukan. Akal tak berputar mencari fikiran yang menjana ilham. Mati dan pegun. Tak tahu nak buat apa-apa yang boleh 'gerakkan' itu semua.

Dan ini ada satu kegiatan ruji yang aku rasa sudah jadi rutin masih itu : LEPAK.

Tiap-tiap petangnya aku akan menjadi penziarah tegar di satu persinggahan yang lazimnya orang gelarkan mapley@mamak. Ini bukan restoran yang selalunya dikait contoh setaraf Syed,Rafi,Saidina,Darus Salam,Darul Ehsan dan entah bermacam aneka jenis restoran mamak lagi yang ada nama seumpama begitu. Ini betul-betul gerai mamak authentic yang menawarkan suasana yang 'biasa-biasa'. Kawan-kawan yang seangkatan dengan aku masa tu hampir semuanya masih juga mencari-cari arah dan terpinga tuju hidup. Izinkan aku kenalkan barisan pelepak setia dan muka-muka utama tersebut walaupun ramai sebenarnya yang bersilih ganti duduk-duduk kat situ :

Yang sorang ni, anak kedua dari dua beradik. Masih kuliah tapi tak tau sampai bila dia harus ikut formaliti pembelajaran macam tu sebab aku tengok dia macam dah goyang. Dia ada awek yang juga antara pelepak kat situ,tua setahun dari dia. Yang sorang ni pulak,anak orang kaya dan bongsu. Sekejap kuliah,sekejap berhenti kuliah nak cari pengalaman kerja dan sekejap lagi... entah aku pun tak tau dia nak buat apa. Sangat konservatif dalam hal-hal tertentu dan kadangkala sensitifnya bermusim. Yang lagi satu ni, ada isu dengan orang lain dan diri sendiri. Banyak sangat teori tentang hidup sampaikan lebih separuh tafsirannya dia sorang aje yang faham.Dan yang last sekali,ada aku. Kita semua masing-masing mengaku(dalam hati dan diri sendiri) yang kita semua ni adalah kumpulan manusia yang tuli arah tuju dan sekadar suka-suka isi masa kat situ sambil menunggu-nunggu sesuatu terjadi. Dan untuk pengetahuan tambahan, kami semua adalah bekas satu persekolahan yang sama.

Apa yang kami debat dan bahaskan dari hari ke hari? Siri-siri perlawanan Liga Perdana Inggeris,filem-filem cetak rompak yang ditukar sesama sendiri,cerita-cerita jenaka zaman silam sekolah,perkembangan masing-masing dalam tempoh 24 jam,pasal hidup(sikit-sikit) dan yang lainnya. Kami semua lakukan ini hari-hari,tiap-tiap petang dan kadang-kadang ada sessi keduanya selepas tengah malam. Di sinilah aku sedar yang aku rupanya dah jadi kutu walaupun aku ada kerja-kerja freelance. Tapi aku tau yang aktiviti yang kami jalankan ini adalah kegiatan golongan lepak kelas sederhana yang sudah pun sampai ke tahap melarat. Ada yang tak pedulik,ada yang pedulik... ada yang tak kisah,ada yang kisah. Aku tiap-tiap masa datang sana sekadar mengisi jadual hidup aku yang dah 'takde'.

Sekarang dah banyak berubah. Sekarang aku dah jadi 'orang'. Sekarang aku dah ada jadual hidup. Sekarang aku ada ilham lain. Aku tak tahu sama ada mereka tu ada lagi kat sana ke tak. Aku tak tahu apa sudah 'jadi' dengan mereka. Aku tak tahu sama ada mereka ingat aku ni lupa diri ke tak. Aku tak tahu sama ada antara mereka yang sudah berubah. Aku tak tahu menahu. Yang aku tahu, aku pernah sengsara mencari apa yang aku ada sekarang. Aku pernah perih untuk sampai kat sini. Dah lama aku tinggalkan yang bukan-bukan tu. Tapi apa pun yang nak jadi kat aku lepas ni,aku akan terus ingat. Aku pernah tertambat dengan semalam dan hari ini aku bebas terlepas. Betul la kalau ada orang cakap;bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Kau kena pilih... tu aje pun yang ada(teringat pulak aku kat satu lagu ni).


Ku capai jaket biru usang
Keluar dari pintu belakang
Menuju tempat bersembang
Cerita bukan kepalang
Berpidato sepanjang malam
Hingga pandangan menjadi kelam
Komen sana komen sini
Sudah nasib hidup begini
Bukan semua orang mengerti
Jika aku berpakaian begini
Seluar denggeri berwarna biru
Sepatu getah
Oh! budaya kutu
Lebih bercakap dari bekerja
Rilex katanya
Ku tidak rumitkan fikiran
Bersembang jadi kegemaran
Kalau bosan duduk rumah
Jumpa di kompleks beli belah
Tak tahu mengapa ku begini
Mungkin ini kesan kemajuan
Tapi apapun terjadi...


Nasibku ditangan sendiri.


- "Kutu"
Lagu : M.Nasir
Lirik : S.Amin Shahab

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
berterima kasihlah pada orang² yang dah menjadikan kau 'orang', sesungguhnya mereka pasti akan lebih menghargai mu jika kau tidak sekali melupakan mereka...amin...
thesandman berkata…
terima kasih atas tauliah ingatan.