Bangun Si Luncai! ...Bangun! (kau harus sedar).

Hmm, siapa yang mengetuk mimpiku?
langit bersimbah awan... jingga pun belum sirna
dan 'orang tua' masih terpekur dengan uraian belianya
tetapi pergilah.
langkahi saja tiap-tiap depa perut bumi
dan bakar semua yang menanam kata surut.

Tak perlu menunggu-nunggu cerita yang baru terpintal
jejaki saja langit yang menebar kemarau,
kerana hiba tak akan memeluk angin
jika hanya membawa binasa bagi hati.

Maka kau pun akan boleh mencari sendiri sebuah cerita
dari jejak-jejak musim yang bersayap

Jadi pergilah
jauhi mimpiku,
aku perlu waktu
hingga mungkin aku telah tidak ada...
apa-apa.





Si Luncai merasa diri picisan,tidak lebih dari pinggiran,yang terbiar,yang tiada kepentingan. Dia lahir bersama sendiri,tumbuh bersama sendiri,tinggal bersama sendiri tapi dia tidak ingin berakhir sebagai sendiri. Ceita itu bergenang dalam rahim hidup,membelenggu gerak,mencengkam langkah. Cerita itu membawa segala macam dan aneka kepedihan,ketakutan,keangkara-murkaan,kegagalan,ketidakadilan dan kesengsaraan. Cerita itu telah membuat Si Luncai merasa dirinya buangan,tidak lebih dari itu. Bahawa kehidupan adalah pintu menuju penderitaan,gerbang dari rasa sakit,kegagalan,kekecewaan,kesia-siaan sebelum akhirnya berhujung pada sesuatu... kematian fikiran,kematian gagasan,kematian ilham,kematian mimpi,kematian angan-angan,kematian rohani. Si luncai ingin melepaskan diri,dia ingin bebas.

Si Luncai tidak ingin hidup dan mati sebagai buangan,dia berdiri di muka cermin dan bertanya diri sendiri,mencuba melihat apa yang tidak terlihat mata,mendengar apa yang tidak terdengar kuping,mencuba menghidu apa yang tidak tercium rongga hidung, merasakan apa yang tidak terasa oleh kulit. Si Luncai jadi sedar dia boleh melihat, mendengar,merasakan dan menyedari keberadaan dirinya juga orang lain : kekuatan dirinya juga orang lain bahawa sesungguhnya hidup boleh sama sekali berbeza. Cerita itu membuat dia menderita tapi sekaligus mengajar bagaimana untuk bertahan dan lebih daripada itu,mengajar bagaimana dia dapat menghadapi cerita itu sendiri. Bahawa cerita itu tidak lebih dari jiwanya sendiri yang dulunya hidup penuh tekanan dari dirinya yang mentah,yang angkuh dan sombong,yang ingin menang sendiri,yang penuh tipu daya,yang tidak pernah salah,yang pendendam,yang pemarah,yang kononnya serba tahu,yang kolot dan penuh ketidak-aturan.

Si Luncai semakin sedar untuk memperoleh kebebasannya. Dia harus menghadapi semua cerita yang membelenggu gerak dan langkahnya. Cerita hanya boleh dipatahkan kalau dia sedar bahawa cerita itu cuma sekadar cerita,tidak lebih dan tidak kurang,cerita itu cuma kehampaan yang boleh diabaikan tanpa perlu merasa kehilangan. Semenjak hari itu Si Luncai menjadi orang yang berbeza. Dia mulai menyapa matahari,penuh ghairah memeluk rembulan,dia tersenyum kepada bintang-bintang,dia bernyanyi bersama deru angin,dia menari bersama waktu yang beralun,dia tersentuh oleh kilau embun,dia menangis bersama rintik hujan... dia bebas,dia telah merdeka,tidak ada lagi ketakutan. Tidak ada lagi kekhuatiran kerana dia telah menemukan makna 'cerita itu' dalam hidupnya.




Kau lalu pergi,

setelah hilang petualangan menaklukan mimpi
memetik sepi dan menuainya dengan mata jiwa.
Sesalan semalam di dinding retak, gegap memaki
kerana langsung kembali
dengan niat yang satu.


(Jalan setapak itu tak memiliki jejak; sama sekali hanya ingatan yang menyanyikan tiap-tiap kisah masa silam... Lalu bagaimana sebuah semangat menemukan hulu cintanya?

Ulasan

areyoung berkata…
Dia buat dah.. hahah

C'mon bro.. get a life! Banyak kisah baru yg lebih indah akan kau tempuh. (Dgn syarat, berikan peluang).

Hm?
thesandman berkata…
tengah sentimental ni mana kira masa...seniman macam aku ni ada 'jiwa' untuk benda-benda macam ni tau.
Tanpa Nama berkata…
antara salah satu sebab aku malas nak baca blog nih..penuh kekeliruan identiti & impian masa depan diri si empunya. Dan tolong jauhi dari bermesra-mesraan di hadapan ku...jelek aku melihatnya, unlesss aku tiada di situ...

sundalmalam
thesandman berkata…
(duduk pegun dan hanya diam)
cheqmentie berkata…
hmm?