AKU YANG TERTEWAS.






























Semalam buat pertama kalinya dalam rentetan karier aku sebagai seorang pekerja telah pun menghabiskan sehari suntuk tidak hadir ke pejabat atas alasan MC ( aku tak suka cuti sakit sebab aku tak layan demam yang bersifat remeh manja. Ini semua kedegilan aku sejak dulu, aku suka lawan penyakit ).

Keputusan Perlawanan :
Demam (1) - Daya Melawan Demam (0)


Aku macam biasa tak boleh duduk diam walaupun doktor kata badan aku ni dah nak ‘kong’, kena rehat dan recharge balik. Siap dia gelakkan aku, “awak ingat awak ni Superman ke?”. Aku pun senyum jer la sebab selama ni pun aku memang ingat aku macam tu, kata aku dengan nada separa bongkak. Menambahkan best borak ngan doktor kelmarin jugak, dia kata anak pompuan dia baca majalah aku. So,dari dia interview aku masih mula-mula tadi... alih-alih aku pulak interview dia. Cayalah.

Dah puas layan bantal dengan tilam, aku kerah bangun nak gegarkan susuk badan aku ni yang dah melampau manjanya. Baru aku sedar yang aku ni dah terlalu obses ngan kerja (bukan workaholic) sampaikan aku boleh terfikir nak terus gi kerja lepas mandi tengahari semalam,walhal badan aku masih gewang semacam. Tengah duduk-duduk menghadap tengahari yang sugul, kawan kat pejabat sms aku : rugi tak datang, hari ni ada pot-luck, makanan melimpah-ruah, nasib kau demam dan lain-lain lagi yang membakar nafsu melantak aku yang sekarang ni kena ‘slow down’ sikit sebab dah jatuh sakit. Takpe, pujuk aku kepada diri aku sendiri. Ini mungkin bukan rezeki aku tapi lain kali mungkin ada rezeki yang lagi best (tengok gambar yang termampang dalam fotopage kawan aku tadi buat aku tambah sayu, terus rasa macam rugi demam tak kena masa). Bukti mereka hanyut dalam limpahan jamuan dan hamparan santapan ada didapati disini : bukti 1 dan bukti 2

Pagi ni aku kembali datang pejabat macam biasa. Nampaknya bukan aku sorang je yang menyahut cabaran sang sakit sebab 3 lagi pejuang gugur tak datang kerja ambik MC. Kata editor aku, dia nyaris-nyaris nak cuti jugak sebab antibodi dia pun semakin menipis. Dah musim demam ke sekarang?



Oh... lagi satu.


Terkejut sebab entry yang sebelum ni punya hit dan comment tertinggi dalam rekod blog aku. Mungkin ramai yang lebih suka baca dan minat cerita peribadi dari bentuk tulisan-tulisan aku yang lainnya.

Ulasan

sundalmalam berkata…
Tapi kau tak adil, KLik tak antar naskah percuma kat klien sampai depan pintu umah tau...kenapa dia leh dapat keistimewaan tersebut. Terpaksalah kitaorang kat KLik ni melayan pertanyaan yang tak putus² bahawasanya kami ni kononnya double stardard. Takpela, untuk MAWI nanti aku akan hantar kebiliknya. Siap urutkan lagi. Hmmm...barulah aku rasa macam mana kau rasa jumpa seseorang kat acara ari tuh...Errr, pasal demam tuh, penyakit tuh untuk hapuskan dosa² kecil tau. Memandangkan kita pon tak cukup amalan, biar penyakit itu mengambil tempatnya. Ye, Superman?
thesandman berkata…
sundalmalam ni macam banyak benda yang dia nak tahu dan tak puas hati...


...tempur terus!
sundalmalam berkata…
bukan aku tak puas hati & nak amik tahu...tapi sekadar nak bagi komen. Takleh, kalau takleh, jangan letak ruangan komen nih..Padam...padam...hapuskan!
areyoung berkata…
Baru aku tau JOM ada perkhidmatan kurier mag terus ke umah ye. Erm, kalo camtu aku nak wat gak la. Hantar terus KLIK ke umah Fahrin! Boley gitu? ;)
thesandman berkata…
cukup.