Kita semua.


Bila ada yang menangis hiba di antara kita semua, itu mungkin kamu. Tapi mungkin juga aku (mungkin). Aku tidak tahu bagaimana memulakan tentang ini, kerana seolah kata ini telah menjadi lumrah bahkan sebelum sempat diucapkan. Aku tidak tahu-menahu apa aku masih ada kesempatan untuk memanggil segenap ketenangan hati dan jiwa ... sedang aku telah menjadikan itu yang terluka dan terpukul oleh perasaan simpati.

Aku fikir aku telah kenal ‘hidup’. Setiap kali nafas kita semua memburu sejak yang lalu, selalu menyatu kamu dan aku untuk kesekian kalinya. Tidakkah cerita sepanjang jalan, sepanjang akal dan emosional, adalah sepanjang ketabahan kita?

Bukankah hati ikut menjerit-jerit dalam hasrat cumbu rayu dan dabik dada? Kita semua yang kini masih terluka berbalut dalam badai dunia. Aku masih ingat, selalu memperhatikn dan akan tetap seperti itu. Jangan pernah ragu dan salah. Biarlah hari ini kita dicuba perasaan. Mengubatinya sendiri.

Ini buat yang tahu dan faham :

“ Tidak pernah aku cuba untuk mengerti hujan yang tidak kunjung datang, ataupun senyap kabut warna yang kesat mata menyelimuti pergantian hari. Mengombak dalam sunyi disela jeda celoteh lidah, terselip diantara degup nadi jantung. Ada arus taburan yang sama beterbangan. Barangkali mereka tidak yang lain hanya aksara yang menunggu segenap indera memetik ranumnya jadi bait bait tidak terkata. Bahasa yang menunggu terjemah rasa menyuling makna yang mungkin tidak perlu ada. Kerananya barangkali tidak perlu seorang pun memahami, betapa lebih tegar untuk mengalir dalam rawan dan susut arusnya yang tidak terbaca daripada menerka atau memberi nama bagi perjalanan, perjumpaan dan kejadian kejadian melepas deras catatan-catatan semalam ”.

Ulasan