Buat aku dan mereka yang pernah gugur di medan cinta… (Ayuh,bangkit!)


Hari-hari yang tak pernah aku hitung menyuruhmu untuk datang kembali kedalamnya menjadi warna dalam pakaianku yang mulai luntur bersama kekelabuan cahaya.Datanglah seperti kelmarin. Aku goyah hidup tanpa kata-kata yang telah menjadikan aku sebagai pembangkang kebodohan aku.Terima kasih jika mendengar. Jantung yang tak bernadi ini ingin berhutang udara pada mu.Aku akan menatap haru-birunya keindahan dan erti-erti mimpi dalam serangkai doa yang bertaut kedalam mimpi.

Ketika cinta datang mengetuk, lalu pergi ketika pintu dibuka. Apakah harus tetap menunggu untuk yang akan datang lagi? Apakah itu yang dinamakan cinta? Cinta macam apa yang ingin selalu dimahu? Di balik mata seseorang yang sepi kulitnya, terlihatlah cinta. Apa yang telah nampak ternyata hanya ilusi-fatamorgana belaka. Sementara aku selalu merasakan cinta pada kulitku, sehingga mereka ikut terbawa keringat lalu mengering seketika. Apakah itu yang dinamakan cinta? ataukah memang mataku yang belum melihatnya?

Hidup hanya selalu untuk memikirkan cinta. Betapa banyak air mata-hati keluar hanya demi cinta. Sejahat itukah dia?Sampai-sampai manusia telah dan akan merana kerana kecewa olehnya. Lalu untuk apa?Diluar sana banyak debu, yang dibawa tiap kali angin berhembus. Bagiku cinta itu lazimnya: putih, bersih, suci, cantik, tidak berdebu dan jarang dinoda. Adanya cinta didalam sini, kerana disini bebas debu, tiap pagi disapu dan disalut ketenangan. Maka sebutir debu saja akan nampak oleh mata. Kalau begitu untuk apa pergi keluar kalau adanya cinta justeru didalam sini? Mencari cinta diluar, kerana katanya diluar itu indah. Bohong! Itu bayangan belaka. Kata siapa diluar itu indah?Diluar itu dunia, dunia itu semua. Dunia memiliki banyak macam cara untuk menampakkan keindahan. Keindahan . Kata siapa cinta mecerminkan keindahan? Memang keindahan itu apa sebenarnya? Kalau cuma mahu merasakan keindahan, jangan dibawa-bawa nama cinta itu! Kerana cinta itu lapang, dia berjiwa besar dalam menghadapi realiti. Cinta bukan meminta, tapi memberi sebelum ada yang mengharap. Lalu bagaimana dengan realiti kehidupan? Bahawa hidup untuk makan? Untuk duit dan harta? Memang begitu, makanya hidup bukan hanya untuk memikirkan cinta. Cinta untuk dipuja, diletakkan ditempat yang teratas. Fikirkan hal-hal lain selain cinta, tapi dengan hati terbuka dan bersih . Ternyata cinta akan datang dengan sendirinya. Kerana ia itu pada dasarnya putih, bersih, suci, cantik,dan tidak berdebu dan jarang ternoda. Cinta yang sebenarnya, yang sejati itu, akan datang mengetuk pintu, mungkin membawa setangkai mawar dan sejemput senyuman. Banyak pemberian yang sukar terduga yang dapat cinta berikan. dan ia tidak akan pergi ketika pintu dibuka.


Kerana ia tulus.

Barulah disitu akan terlihat suatu keindahan yang hakiki.

Ulasan

Sufian berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.