M. Nasir bikin filem lagi.

M.NASIR akan mengarah dan menerbitkan sendiri sebuah filem bercorak pertarungan awal tahun depan. Filem tersebut yang dijangka menelan belanja sekitar RM1.2 juta itu akan diterbitkan di bawah syarikat miliknya dengan kerjasama sebuah syarikat lain.

Buat masa ini skrip filem ini sedang dalam proses pengubahsuaian dan insya-Allah awal tahun depan akan mulalah proses produksinya. Beberapa nama pelakon telah pun di kenal pasti untuk membintangi filem ini. Menurut M.Nasir, walaupun sebelum ini filem arahannya, ' Merah ' gagal mencapai kutipan box-office tetapi itu sedikitpun tidak melemahkan semangatnya untuk terus mengarah. ' Merah ' adalah pengalaman pengarahan filem pertama M.Nasir. Tetapi dia tidak serik malah ia dijadikan tauladan dan panduan untuk bekalan mengarahkan filem kedua ini. M.Nasir yakin dengan pengalaman lalu dan para pelakon berpengalaman yang akan membintangi filem ini, ia akan dapat membantu menjayakannya.

Sebelum ini, M.Nasir sibuk dengan rancangan M. Nasir: Destinasi Dunia iaitu sebuah rancangan dokumentari yang menemuramah para pencipta lagu seluruh dunia. Rancangan terbitan DDB Sdn. Bhd., dengan skrip dan penyelidikan Saniboey Ismail itu dijangka akan disiarkan di astro RIA tidak lama lagi. Rancangan 26 episod itu telah pun menjalani penggambaran di Turki, London dan Sepanyol selama hampir dua bulan lalu. Penggambaran ini dijangka akan disambung semula selepas Hari Raya ini. Menurut M.Nasir, rancangan yang menemuramah para pencipta lagu yang lahir di bandar-bandar terpencil di dunia itu dijangka akan dapat memberi manfaat kepada para pencipta tempatan.

' M. Nasir: Destinasi Dunia ' diarahkan oleh Khairul Anwar Salleh.

Ulasan

Sufian berkata…
Jika M nasir hendak membuat filem becorak aksi ia memerlukan belanja yang besar dan aksi yang hebat (CGI, stuntman). Harus diperkuatkan aksinya jika tidak filem itu akan terkubur. Cabaran yang lain ialah lembaga penyunting filem (censorship board) yang akan menapis filem itu jika aksinya terlalu 'melampau'(???) Diharap M Nasir dapat melepasinya dengan belanja 1 jutanya. Aku hanyalah skeptikal.