edisi sandman : jalan pintas untuk tahu.



' PUTERI GUNUNG LEDANG TEMBUSI
ANUGERAH AKADEMI '
( Pencalonan kategori filem asing terbaik )


SELEPAS MENCIPTA NAMA DI FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA VENICE, FILEM EPIK NASIONAL PUTERI GUNUNG LEDANG (PGL) TERBITAN ENFINITI PRODUCTIONS SEKALI LAGI MELAKAR SEJARAH BILA TERPILIH UNTUK DICALONKAN DALAM KATEGORI FILEM ASING TERBAIK, SEMPENA ANUGERAH AKADEMI KE-77 AKAN DATANG.

FILEM ARAHAN SAW TEONG HIN YANG MEMBABITKAN BUDGET RM20 JUTA INI MENDAPAT PUJIAN DAN PENGIKHTIRAFAN SELURUH DUNIA ATAS KUALITI PENGHASILANNYA YANG DISIFATKAN MENCAPAI TARAF FILEM ANTARABANGSA.

PENGERUSI JAWATANKUASA PEMILIHAN PENASIHAT FILEM MALAYSIA, CAMERON WAN CHIK BERKATA PIHAKNYA DIMAKLUMKAN BERITA PENCALONAN FILEM PGL OLEH PENYELARAS ANUGERAH, ACADEMY OF MOTION PICTURE ARTS AND SCIENCES TORENE SVITIL PADA 27 SEPTEMBER LALU.

BUAT JULUNG KALINYA DALAM SEJARAH, FILEM BUATAN MALAYSIA BERJAYA MENEMBUSI TEMBOK ANUGERAH AKADEMI YANG TERKENAL DENGAN KRITERIA PEMILIHANNYA YANG BEGITU.

FILEM PGL JUGA DIRAMALKAN AKAN MEMENANGI BEBERAPA KATEGORI SEPERTI WARDROBE, PENATAAN SENI TERBAIK DAN SINEMATOGRAFI TERBAIK.

BERITA PENCALONAN FILEM PGL MENEMBUSI ANUGERAH AKADEMI KE-77 TURUT MENDAPAT LIPUTAN MELUAS DARI AKHBAR DAILY VARIETY YANG POPULAR DI AMERIKA SYARIKAT.

SELEPAS ANUGERAH AKADEMI,FILEM PGL JUGA DIJANGKA AKAN DICALONKAN UNTUK ANUGERAH GOLDEN GLOBE PULA, TIDAK LAMA LAGI. BAGAIMANAPUN SEMUANYA BELUM DIPUTUSKAN LAGI BUAT WAKTU TERDEKAT INI.

FILEM PUTERI GUNUNG LEDANG YANG TURUT MENDAPAT SAMBUTAN YANG HEBAT DI NEGARA INI MENAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT SEPERTI TIARA JACQUELINA, M.NASIR, DATUK RAHIM RAZALI,ALEX KOMANG, DAN CHRISTINE HAKIM.



Sekian berita,
saya Sandman melaporkan dari sandmanreborn.blogspot.com




Ulasan