31 Ogos,2004.




di ambang detik 12 tengah malam :

- duduk di depan tembok rumah bersama 2 orang sahabat sambil menanti 3 lagi yang bakal menyusul ( diri tidak sabar-sabar untuk menanti hari esok )

12 tengah malam :

- melihat beberapa ledakan mercun dan bunga api dari kejauhan yang bagai dicabar-cabar yang lain; langsung selepas selesai melihat gempita langit menuju ke Shah Alam untuk santaian minuman. Bersembang sambil berbual tentang perihal esok iaitu hari ini mengikut perkiraan sebenar. ( hati cukup tidak tenteram dan gelisah menanti dinihari )

2.00 pagi :

- pulang ke rumah dan cuba mendapatkan tidur dan istirehat buat esok (dendam mata pada badan tiada kesudahan : digauli dengan rasa tidak tentuan)

7.00 pagi :

- bangkit dari lena dengan semangat luarbiasa ( hampir tiba waktu!)

11.30 pagi :

- tersadai di panggung ( sudah sedia )

11.45 pagi :

- 5 minit lagi ( debar rasa semakin menggila! )
11.50 pagi :

TAYANGAN PERDANA SERENTAK SELURUH NEGARA :
" PUTERI GUNUNG LEDANG "


( antara 2 jam 30 minit paling bermakna dan bererti
di dalam panggung buat diri )




Pulang ke rumah sambil tenung dan renung dalam-dalam ke arah nanti.
Sejarah sudah bermula dan sedang tercipta!

p/s : maaf . saya tidak layak untuk melakukan ‘review’ tentang dasar filem tersebut. Harus kalian tonton sendiri untuk rasakan gelodak kesan sebenar . Semangat yang sungguh luar-kebiasaan.
( layari http://www.labiennale.org/en/cinema/61miac/index.html untuk pencalonan 'Puteri Gunung Ledang sebagai wakil Malysia ke '61st Venice International Film Festival' di Itali. )

Ulasan