Trivia & fakta-fakta yang pernah, sudah, memang, mungkin, belum atau langsung tidak tahu tentang perihal :

‘PUTERI GUNUNG LEDANG’

  • Idea bagi pembikinan filem ‘Puteri Gunung Ledang’ : kisah bermula pada suatu hari sewaktu Tiara Jacquelina berehat-rehat di pavilion rumahnya diwaktu senja. Sewaktu memikirkan tentang nasib filem tanahair, tiba-tiba angin petang membawa dirinya kepada bayangan filem ‘Puteri Gunung Ledang’. Dengan spontan, segalanya pun turut bermula.
  • Ketika perjumpaan ‘tidak rasmi’ yang pertama diadakan, Tiara Jacquelina telah menjemput kesemua Lembaga Pengarah Utama ( Saw Teong Hin, Mamat Khalid, Datuk Shazali Ramly ) bersama dengan teraju-teraju pelakon utama ( M.nasir dan isteri, Sofea Jane dan suami, Dato’ Rahim Razali,dll. ) dalam satu suasana majlis makan malam yang indah di rumah Tiara Jacquelina. Di situ, pertemuan dimulakan dengan babak penglipur lara oleh penulis skrip, Mamat Khalid.
  • Sofea Jane dilaporkan telah menitiskan air mata tatkala Mamat Khalid bercerita di majlis tersebut dan semuanya bersetuju dengan ilham ‘Puteri Gunung Ledang’ versi baru itu agar dijadikan sebuah realiti.
  • usia Dato’ Laksamana Hang Tuah menurut buku kitab ‘Sulalatus ‘as Salatin’ semasa era Sultan Mahmud Syah ingin memperisterikan Puteri Gunung Ledang adalah lingkungan 60-an. Tetapi digambarkan juga Hang Tuah masih kelihatan segak seperti usianya sekitar lewat 30-an; sesuai dengan pemilihan M.Nasir sebagai terajunya.
  • Bahasa penghantar yang digunakan dalam filem ini adalah bahasa sastera @ bahasa pentas. Tulisan sanskrit yang digunakan dalam ‘Puteri Gunung Ledang’ ditulis dan dialih bahasa oleh seorang sami yang pakar tentang perihal bahasa tersebut.
  • Tiada langsung teknik ‘dubbing’ dalam filem ini; semua dialong dan suara vokal dirakam terus dari set penggambaran. Inilah kali pertama sebuah filem dari Asia Tenggara menggunakan teknologi Digital Intermediate ( DI ).
  • Terdapat pelbagai elemen muzik dalam ‘Puteri Gunung Ledang’. Ia terdiri daripada gabungan muzik Melayu asli, Jawa, orkestra dan sebagainya.
  • Untuk bergerak, melangkah, dan mempunyai keyakinan seorang puteri Jawa, Tiara Jacquelina telah belajar silat yang dipanggil silat Piwulang.
  • Guru silat dan stunt coordinator, Mokhtar Fatehul Ariffin Yeop yang diterbangkan khas dari London telah membimbing M.Nasir dan Alex komang dalam adegan serta babak yang memerlukan pertarungan dan pertembungan fizikal.
  • Pihak produser yang diungguli oleh EnFiniTi Pictures telah mendapatkan hakcipta eksklusif skrip Mamat Khalid pada tahun 1999. Dan sekiranya dihitung dari awal bermulanya pembikinan filem ini dari pra-produksi, produksi dan pos-produksi; ia memakan masa lebih dari 5 tahun.
  • ‘ …an epic drama framed by slices of history and ancient folklore. Historical facts and mythology are fused to tell this tale of forbidden love, set in a time when allegiance and honour to country overwhelmed personal needs and desires. The story depicts a very real, modern and familiar conflict between one’s duty and one’s self. The proverbial notion of destiny is alluded to and the message pronounces that one’s fate cannot be evaded. ’ --- ( komentar dan kritik para panel juri Festival Filem Venice tentang filem ‘Puteri Gunung Ledang’ yang dicalon dan bakal dipertandingkan dalam salah satu anugerah filem tertua didunia )
  • Pengarah filem tersebut, Saw Teong Hin juga dicalonkan untuk kategori ‘Pengarah Baru Terbaik’ di Festival Filem Venice ke-61 yang berlangsung pada 1 hingga 11 September, 2004.
  • Pelakon dari seberang Indonesia, Alex Komang adalah yang pertama dihubungi. Dia dirasakan orang yang paling sesuai untuk menjadi abang Gusti Putri Raden Adjeng retno Dumilah iaitu Gusti Raden Adipati Handaya Ningrat kerana beberapa faktor; terutama bentuk hidung yang sama antara mereka.
  • Penampilan ‘cameo’ Sidi Oraza dalam filem ini ialah sebagai mendukung watak Hang Jebat.
  • Penampilan ‘cameo’ Diandra Paramitha Sastrowardoyo dalam filem ini ialah sebagai mendukung watak anak penjual kuih.
  • Orang yang bertanggungjawab membentuk diri Tiara Jacquelina menjadi ‘Puteri Gunung Ledang’ dengan cara-cara yang amat dalam dan terperinci seperti bermeditasi, bergerak, bergaya, menari, menyanyi irama Jawa Tembang dan sebagainya ialah Ibu Dinar yang telah pulang ke Rahmatullah sejurus selepas selesai ‘principle photography’. Tanpa dia, mungkin tidak akan wujud Puteri Keraton Jawa dalam diri Tiara Jacquelina.
  • Antara destinasi dan lokasi penggambaran yang terlibat dalam pembikinan ‘Puteri Gunung Ledang’ : Gunung Ledang, Gunung Brinchang, Cameron Highlands, Segamat, Pulau Perhentian, Batu Pahat, Lata Kinjang, Sungai Kesang, Pulau Indah. 18 buah lokasi kesemuanya.
  • Pereka Produksi; Haznizar Ithnin telah mengambil masa lebih dua bulan untuk membuat kajian tentang Melaka kurun ke-15 dan turut bersama Saw Teong Hin dan Mamat Khalid menjelajah ke beberapa buah muzium sejarah di negara ini hinggalah ke Solo di Indonesia untuk memantapkan lagi set yang bakal dibina. Dia terpaksa membina sebuah Istana Melaka, Istana Majapahit dan pembikinan semula kota Melaka kurun ke-15 yang terdiri dari beberapa perkampungan kecil, sebuah pelabuhan, masjid, jambatan dan lain-lainnya. Lokasinya ialah sebuah kawasan tanah lapang yang berukuran 300m x 450m didalam sebuah ladang kelapa sawit di Batu Pahat, Johor.
  • Tiga bangsa dan budaya utama yang dapat dilihat jelas dalam filem ini ialah Melayu Melaka, Jawa Majapahit dan Demak.
  • Adegan perang antara Kerajaan Demak dan Empayar Majapahit memerlukan skala lebih 500 pelakon ekstra yang memegang watak panglima dan askar peperangan;babak ini juga memerlukan 100 ekor kuda dan penunggang yang terlatih, 50 orang kanak-kanak kecil, 30 ekor lembu, 50 ekor kambing, 50 ekor ayam dan lain-lain untuk sebuah gambaran kampung yang dilanda pencerobohan perang.
  • Penggambaran ‘principle’ telah memakan masa 94 hari dalam jangka masa 9 bulan bermula pada Januari ‘2003. ‘Visual Effect’ selama lebih 20 minit, jumlah babak yang merangkumi lebih 200 shot, telah digunakan dalam filem layar perak 155 minit ini.
  • Budget peringkat awal filem ini ialah sebanyak RM7 juta, namun di akhir penggambaran telah menelan hampir RM15juta. Dan yang mutakhir ( belum muktamd ); termasuk promosi dan lain-lainnya ialah hampir mencecah RM18juta.

Teraju-teraju Utama :

Tiara Jacquelina ... Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah

M. Nasir ... Laksamana Hang Tuah

Rahim Razali ... Bendahara

Adlin Aman Ramli ... Sultan Mahmud

Sidi Oraza ... Hang Jebat

Sofia Jane ... Tun Teja

Khir Rahman ... Tun Mamat

Sabri Yunus ... Sang Setia

Man Bai ... Topok

Radhi Khalid ... Tapik

Zulkifli Zain ... Pengumum

Mahadi Shor ... Shahbandar

Khairul Anwar ... Pangeran Demak

Ruminah Sidek ... Nenek Kebayan

Christine Hakim (Indonesia) ... Bayan

Slamet Rahardjo (Indonesia) ... Patih Kerma Wijaya

Alex Komang (Indonesia) ... Gusti Adipati Wira Namtani Handaya Ningrat

Dian Sastrowardoyo (Indonesia) ... Anak penjual ubat

Melissa Saila ... Pengasuh

Rosdeen Suboh ... Bentara

Ariffin Yeop ... Ketua lanun

Yalal Chin ... Penjual ubat

Ismail jantan ... Penyair

Mohd Apandi Mohd Ali ... Panglima Jawa

Muhd Naufal Nasrullah ... Raja Ahmad

( Watak Tun Mamat dan Sultan Mahmud masing-masing pada mulanya ditawarkan kepada Rosyam Nor dan Azri Iskandar. )

Di pawagam Hari Merdeka ini ; 31 Ogos 2004.

Sedia untuk suatu lembaran sejarah baru dalam dunia perfileman tanahair.


" Adinda bersumpah … jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda. Menginjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama.

- gusti putri raden adjeng retno dumilah

GRAND PREMIERE SCREENING AT

KUALA LUMPUR PHILHARMONIC ORCHESTRA HALL,

KUALA LUMPUR CITY CENTRE

25th AUGUST, WEDNESDAY 2004

5.00 PM

( INVITEE ONLY )

Ulasan