Selepas menonton ‘The making of Puteri Gunung Ledang : part I ’ yang diturut serta bersama Fadhilah dan Faris(adinda ke-5 dan ke-6) hingga yang lainnnya menjemput diri menyusul; Fauzi (adinda ke-4) dan ayahanda sendiri, memang suatu lagi perasaan dan pengalaman yang sungguh menakjubkan. Terpaku lebih setengah jam di hadapan peti televisyen saluran NT7; memang tiada sia-sia yang berlaku. Bermula dengan proses ‘screenwriting’ hinggalah wawancara dengan hampir semua teraju utama filem epik itu. Tidak ketinggalan juga sedikit buah fikiran dan latar belakang paparan yang diluah penulis (Mamat Khalid), produser (Tiara Jacquelina), serta pengarah (Saw Teong Hin) dan yang lain-lainnya.


Memang diakui; saya tidak akan cukup dan sudah-sudah memperkatakan tentang ‘Puteri Gunung Ledang’. Filem yang dilahirkan dari hati suci murni hikayat lagenda rakyat dan menjadi sebuah kisah klasik zaman-berzaman. Semua yang terlibat --- EnFiniTi Production, Ten On Ten Pictures, Synchrosound Music, NTV7 memang wajar diberi kredit. Filem layar perak yang sekian lama dinanti dan ditunggu. Cerita yang berlandaskan kisah sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang dibarisi pelakon-pelakon terkemuka, krew-krew berpengalaman dan budget terbesar dalam sejarah pembikinan filem tempatan.


Kos yang melampaui jangkauan RM7 juta (perangkaan terkini : hampir-hampir mendekati RM20 juta) mengejutkan senario perfileman Malaysia manakala ‘target’ kutipan RM15 juta dikatakan agak ‘tidak munasabah’. Dato’ Shazali Ramly dan Tiara Jacquelina berpandangan jauh untuk menembusi pasaran luar negara. Memang banyak filem tempatan inign kan pengikhtirafan antarabangsa tapi tidak pernah mencuba meluaskan pasarannya. Keterperincian dan keaslian untuk sesuatu epik dan mempamerkan imej nasionalis. Segala usaha dan wang dicurahkan untuk mendapat hasil yang terunggul; tidak kira dari segi rekaan set, bilanagan pelakon, kesan khas, dan berbagai macam aspek penggambaran lagi.


Tidak menjadi masalah jika dilabel filem ‘Puteri Gunung Ledang’ adalah filem terhebat yang pernah dibikin dan dibuat di Malaysia. Bukan kerana ‘budget’ gergasinya namun segala-gala tentang filem ini : jalan cerita, teknik penggambaran, ‘setting’, barisan para pelakon dan tidak ketinggalan kontroversi-kontroversi yang hadir rentetan dari filem ini. Faktor pemilihan M.Nasir sebagai Hang Tuah juga dipersoalkan oleh sesetengah pihak. Tedengar desas-desus dan tanya rakan-rakan "Kenapa M.Nasir ? Kenapa tidak pilih pelakon itu, pelakon ini ? ", tapi M.nasir --- kenapa tidak ? Memang dia dan hanya dia yang layak membawa watak Hang Tuah ( antara debat yang timbul : (1.)Bukankah dia itu warga Singapura ? Saya jawab : tapi dia tetap Melayu kan. (2.)Kenapa tidak dipilih Eman Manan, dia ada pengalaman dan ilmu silat bahkan reputasi lakonannnya lebih terbukti ? Saya jawab : tapi inikan cereka warisan klasik dan M.Nasir lebih ‘seni’ dari yang lain, malah nilai komersialnya lagi tinggi. Tambahan lagi, keterampilan Hang Tuah itu memang sedia wujud dalam dia ).


Kita akan menyaksikan kembalinya Hang Tuah di layar perak ditangan M.Nasir.



" Kita hari ini tidak pernah mengetahui bagaimana Hang Tuah itu. Cuma cerita lisan yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Tidak ada bahan bertulis yang khusus dari zaman Hang Tuah tentang dia; kalau adapun samar-samar. Yang ada cuma cerita-cerita Sultan. Sultan lebih diabadikan dalam sejarah. Jadi kita tidak tahu sebetulnya Hang Tuah itu bagaimana "


M.Nasir


Seperti yang diterangkan oleh M.Nasir, tiada siapa tahu secara mendalam siapa itu Hang Tuah. Dalam filem ini, Hang Tuah hanya gambaran dari kajian-kajian yang dibuat. Filem ini bukannya catatan dan catitan sejarah, dan bagi saya secara peribadi bukan juga filem cinta. Akan tetapi ia adalah sebuah filem seni yang telah di dongengkan atau lebih kepada cerita rakyat. Walau sedenikian,saranan saya ialah agar semua dapat menyaksikan dan menonton filem ini kerana ada banyak keistimewaan yan serba tersendiri. Bak kata M.nasir lagi, " … kalau kita datang ke panggung hanya untuk melihat kelemahan filem ini, maka kelemahanlah yang kita temui."



Bersambung pada paparan berikutnya …



"Apakan daya …


Tangan terikat dilangit,


Kaki terpasak dibumi.


Jasad tidak setanding mimpi "


-Dato Laksamana Hang Tuah tentang takdir cintannya dengan Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah






8 hari menanti ke-filem ‘mesti tonton’ untuk semua rakyat Malaysia :
‘ PUTERI GUNUNG LEDANG ’


Ulasan

*cosmic freak* berkata…
love it that you're so passionate in promoting the film... bravo bro...
Tanpa Nama berkata…
u r so into that movie dude but dont put too much hope.. not yet..(film blom tayang hang dah letak label filem terhebat pernah dibikin..chill wehh and watch it first)but then again im dyin to watch it too -eerkiz-