Saya sekarang sudah pasti dan amat yakin bila sebenarnya PUTERI GUNUNG LEDANG akan ditayangkan nanti. Juga, apakah bentuk promosi yg akan dibuat nanti. Promosinya sedang dilakukan oleh ntv7 . Bagaimanakah bentuk pemasaran filem ini nanti? Terus ke pawagam dan menyertai festival filem. Saya pasti pihak penerbit sedang menyusun perancangan rapi. Semuanya sedang dibongkar dikit-demi-dikit. Cuma ada beberapa perkara yg boleh kita harap daripada PGL ini:


ALBUM SOUNDTRACK - ini sesuatu yg sudah pasti.Saya memang berharap banyak album soundtrack filem dikeluarkan. Tapi, penerbit sekarang sudah melupakan 'peranan' album soundtrack (mungkin juga kerana situasi muzik tempatan yg suram, atau juga kerana sememangnya filem mereka tak perlu soundtrack dalam erti kata sebenarnya, sebaliknya menggunakan populariti lagu popular?). Album soundtrack PGL melibatkan pelakon utamanya M. Nasir dan Tiara. Saya harap album ini lebih 'penangannya'.

LAMAN WEB RASMI - ini juga pasti. Jadi, ayuh kita ke sana. Semoga banyak maklumat (dari sebesar-besarnya hingga sekecilnya) dapat kita ketahui dari laman ini. Kalau ada bahagian yg melibatkan penonton, itu sudah bagus.

THE MAKING OF - sebuah rancangan di sebalik tabir pembikinan filem.Tentunya persembahan wajib sebelum dan sesudah menonton nanti. Rancangan ini akan diterbitkan oleh ntv7, tentunya. Semoga rancangan ini tidak sekadar mengajak penonton ke pawagam dengan penampilan yang indah-indah, tapi sebaiknya perlu menonjolkan pemikiran pembikin filem ini: kenapa PGL perlu menjadi sebuah filem yang sebesar ini. Wajib ada interviu dengan penulis cerita/lakonlayar. Tolong hebohkan bila rancangan ni akan disiarkan nanti.

VCD/DVD - vcd sudah pasti diedarkan lepas tayangan nanti.Bagus ini kalau ada DVD yang mantap. Bayangkan: Komen pengarah/penulis sepanjang filem, adegan yg tidak dapat dimasukkan (dan kenapa), lagu soundtrack, interviu, multi subtitle, pilihan sistem bunyi, dan bahan-bahan menarik yg lain. Mungkin ini sekadar impian, tapi kalau vcd nya berkualiti tinggi pun dah cukup puas hati. Lagipun, untuk menghasilkan DVD pastinya memerlukan bajet yg tak kurang banyaknya. Atau, adakah memang sudah disediakan bajetnya?Sekali lagi... tunggu.

Selain itu, saya harap sebuah majalah khas dikeluarkan sebagai satu bentuk promosi. Muka tengah majalah sudah pasti kena ada poster filem, tak dilupakan gambar-gambar disebalik tabir, cerita-cerita menarik dan lepas tu mungkin boleh keluarkan Cenderamata khas atau barang-barang koleksi untuk peminat (t-shirt , mug .), boleh order dari dalam majalah atau website. Akhir sekali boleh lah buat promosi ke seluruh pawagam, walaupun biasanya filem popular akan guna cara ini.


Filem ini satu sejarah --- jadi ilham yang sebegini perlu disambut.


dengan ini, ditinggalkan semua buat sementara dengan bait-bait lagu ini ...


'asmaradana'


Cinta adalah suci

Lahir dari jiwa

Menikam sanubari

Hati dalam lara

Cinta mistik abadi

Kekal selamanya

Musim berganti tapi

Wajah tak kan lupa

Mimpi berlari

Kemuncak destinasi murni

Asmaradana,

Asmaradana...

Kemuncak cinta

Asmaradana,

Asmaradana...

Cinta suci tak kenal

Harta atau rupa

Mereka jatuh dari;

Raja hingga hamba

Biar api membara

Jadi penghalangnya

Ia tetap kagumi

Keagungan cinta

Bersama berdua

Kemuncak syurga di dunia




- KRU music group / EnFiniTi Pictures.



p/s : siapa yang berpendapat lain-lainya; ayuh kita lanjutkan perkongsian bersama. nantikan juga single ke-2 filem ini 'bagaikan sakti' - duet M.Nasir dan Siti Nurhaliza.


Ulasan

*cosmic freak* berkata…
mari kita buat promosi besar besaran PUTERI GUNUNG LEDANG di blog masing masing...

hihihi...

another PGL fan...

and I hope they'll do everything that you've listed there bro...

lets hit the cinemas... its time for a worthy malay movie at last...