Hari ini hidung dilanda resdung lagi … biasa buat diri yang tidak tahu, tidak pernah dan tidak sedar akan peri pentingnya menjaga kesihatan diri dan cuba menghindar dari mengambil langkah-langkah kurang bijak seperti ‘melantak’ dan ‘membelasah’ minuman berunsurkan kesejukan dan di-saduri ais beku. Setiap kali menghambur bersin ; setiap kali itu juga kepala ingin dihempas kedinding dengan momentum yang agak hebat dan kekuatan yang agak dahsyat!

Hujung minggu ini sudah pun menghampiri pengakhiran sebuah lagi bulan. Seperti kata-kata orang kebiasaan, ‘ cepat betul masa berlalu’. Memang tepat telahan itu dan sekarang ini pun memang semuanya ‘terpaksa’ dipercepatkan. Tinggal aku sekali lagi duduk termangu dan terkesima dengan arus kehidupan sendiri yang buntu tidak menentu. Persetan betul! Sekiranya wujud jawapan untuk segala kesulitan dan kesengasaraan ini --- AYUH!!! … persembahkan dirimu kepada diri agar keamanan dan kedamaian dapat terwujud dalam satu ikatan abadi.

Selesai ini, langsung bergerak menuju kebiasaan : berfikir dan terus berfikir tentang apa, kenapa dan kadangkala mengapa dan macam mana. Tanya dan terus bertanya dan bilah-bilah jawapannya tetap sama : sedikit dan samar-samar. Namun aku terus gagahkan semangat dan jati diri berperibadi tinggi untuk terus menerus mencari ‘penghujung’nya! ( … sekali lagi aku ‘terbersin’ dengan kadar desibel tinggi yang boleh memecah keheningan hari yang sungguh bening ini dan dapat juga menjemput rasa ‘beron’ manusia disekeliling – maafkanlah hidung yang serba terganggu ini).

Oh! Beberapa hari yang terkebelakang ada seorang sahabat menyapa; sedang aku cuba-cuba menempatkan diri dikalangan masyarakat neo-urban dengan berperanan semesra mungkin : berbual seolah-olah tahu akan apa yang dibualkan. Sambil alunan tangan dan gerak mulut seraya dia bertanya memberi sedikit komentar :


 
" … uhh! You’re so vain, you know that??? " ( dengan mimik muka yang jujur teramat )


 
Berlagak tidak tersentap dengan karangan ayat itu sedangkan ingin saja di tanya dengan terus : " kenapa pulak? "


Tapi diri tidak mudah melatah dan kaget kerana sudah terlatih dengan pengalaman. Sesudah kembali ke teratak kesunyian, sekali lagi terimbas kata-kata yang itu. Tidak puas rasanya segala organ dalaman jika tidak diselak erti dan maksud sebenar telahan itu.

 

(
rujukan dari MACMILLAN English Dictionary : for advance learner )

vain / B ven / A adjective *
1 someone who is vain is very proud and thinks they are very attractive or special:
CONCEITED:
He was vain about his looks, spending hours in the gym.

2 unsuccessful or useless:
a vain attempt/bid/effort:

 They made a vain attempt to protect the town from attack.
vain hope:

 He underwent a knee operation in the vain hope of getting into the team.

(c) Macmillan Publishers Ltd. 2003

 
Di perah-perah rasanya kotak ingatan. Sebetulnya ; mana satu yang dimaksudkan sahabat tadi --- yang pertama atau yang kedua atau yang kedua-duanya?! Keterbukaan pada pendapat, nasihat , komentar, kriktikan, ulasan, dan kadangkala luahan rasa memanglah dialu-alukan kiranya ada kelemahan bahkan kekuatan diri. Namun yang ini harus diperjelaskan agar rapi susunan fikiran. Lantas penaakulan dapatlah dilakukan dengan kemas.

Kamus tadi di-sisip bersahaja diatas rak baju kerana rak buku sudah ditimbun perkara-perkara lain. Satu lagi cabaran untuk seorang pemikir picisan seperti aku sambil menggaru-garu hidung ( … bukan mengorek! ) tanda gatal dan pedih yang terperi akibat gangguan resdung tadi.

Nampaknya aku terdengar panggilan dari dalam untuk mengubah diri menjadi alter-ego aku yang lagi satu --- satu lagi tugas yang dipanggil tanggungjawab kerana manusia perlukan seorang superhero dalam diri masing-masing, dan aku :

 
‘ There is a dark king who rules our dreams from a place of shadows and fantastic things. He is Morpheus, the lord of story. Older than humankind itself, he inhabits -- along with Destiny, Death, Destruction, Desire, Despair, and Delirium, his Endless sisters and brothers -- the realm of human consciousness. His powers are myth and nightmare -- inspirations, pleasures, and punishments manifested beneath the blanketing mist of sleep .’
 
 
 
Surrender to him now.

 
… for he is the Sandman.


 
P/s : kepada sesiapa yang memilki ubat resdung yang mujarab ; aku nak pinjam.
 

 

Ulasan