hari ini aku cuba ingin titipkan sesuatu yang jauh dibenak --- sesuatu yang kerap dianggap dan sering dilihat sentimental.
 
luahan perasaan.
 
malam tadi cuma lena dua jam ... itu kalau dihitung dari perkiraan jam di dinding kamar peraduan.
 
resah dan hampir-hampir gelisah.
 
sudah saban hari diri meragut kekacauan sedangkan gerakan menghindar itu boleh dilakukan.aku tidak meratap apa-apa cumanya imbasan kenangan yang semalam dan kelmarin tidak henti-henti dan tidak sudah-sudah membelasah diri.aku sebenarnya yang merelakan diperlakukan begitu oleh emosi : terganggu barangkali.
 
semalam . selepas dikejutkan oleh pemergian ayahanda seorang sahabat ; aku dikerah ke sebuah hospital.sepupu terlantar disana - wad ICU ... dilanggar,koma.aku hanya melihat dalam sebak.ayahandanya cuba menahan kedukaan yang ada.tapi aku terlihat juga.
 
air mata itu jangan disembunyi.
 
sedang berkira-kira untuk bersedih, ibuku disapa seseorang.aku tidak berapa pasti siapa tapi aku diajak untuk menurut ke katil yang lain pula.tiba-tiba dia bertemu seseorang yang dalam kotak ingatan ku memang pasti tidak ada rakamannya.setelah menanti beberapa seketika - ia berderai akhirnya; sahabat baik ibu di sekolah rupanya.sudah lama tidak bersua kerana ada beberapa detik yang kaget dibuatnya.mereka bertukar-tukar pelukan yang pada aku amat menyentuh dan sungguh terjalin.sekali lagi sebak melanda namun tidak akan sampai ke daerah air mata.diberitahu kemudian teman ibu terkena kencing manis.kurang dayanya aku lihat ... pasti : oleh kerana aku melihat kakinya tadi sudah dicantas.
 
air mata itu jangan disembunyi.
 
pulang terus ke rumah tapi tidak lama.ada kenduri arwah harus dihadiri.'tiga hari', kata sahabat. macam biasa.aku menjemput sendiri.bertemu beberapa sahabat lama di sekolah dahulu.banyak yang berubah sama ada rela mengubah atau ter'paksa' diubah.ada yang membawa 'pasangan' masing-masing; segelintir nya pula sudah bertunang cincin dijari; yang dua tiga sudah mendirikan masjid - berkahwin - berumahtangga.bahagia mereka semua.aku tergerak untuk menumpang kebahagiaan itu biarpun hanya terasa rintik-rintiknya.cerita lebar dan malam pun kiat larut ; 'esok boleh sambung', sapaan sahabat aku anggukkkan tanda sealiran pendapat.pulang ke rumah dengan ligat berfikir dan jiwa dibuai nostalgia semalam dan kenangan kelmarin.laju juga buaiannya.hampir-hampir jatuh ke lembah lamunan.indah.gembira.duka pula tiba dalam diam.
 
air mata itu jangan disembunyi.
 
cuba hendak lelap tapi dengki badan pada mata memang tiada keperiaannya.alangkah dan alangkah!detik itu boleh diputar songsang dan waktu boleh di ulang --- bukankah masa itu lebih lapang dan terluang?terluang untuk membaiki semangat dan memulih jiwa yang kian lompang ... kosong dimakan angan-angan itu.tidakkan ini semua pernah ku gelar sebagai 'penyesalan'?namun apa erti kesal dan sesal sedang sunyi dan sepi malam ini tiada apa dan tiada siapa yang sedar?sudah.
 
air mata itu jangan disembunyi.
 
terlena juga.tapi layakkah ia disebut 'lena' ... sedang dalam tidak sedar pun dihimpit bayang-bayang itu : bayang-bayang kekurangan.nyata dan pasti sekali.memang terganggu hidup.amat sulit.sangat sukar.musuh yang ini paling liat hendak ditumpas.gelisah tak sudah.kalut tak berpenghujung.hendak di sorok dan dicampak jauh-jauh tapi sampai bila pun terlihat juga kan?inilah dinamakan ratapan dan memang betul-betul dihambat hebat kali ini.bangkit dan termenung dijendela yang sama.
 
berbaloi-kah persembunyian ini akhirnya?

 




Ulasan

Tanpa Nama berkata…
i'm proud of you for this entry... al fatihah to syed's dad.
++eerkiz++
*cosmic freak* berkata…
tiada air mata yang patut disembunyikan...