... bila pusingan 'mood' terpesong dari paksi sebenar, maka hidup pun menjadi kelam.
 
 
aku sedar yang hari ini tidak banyak bezanya dari hari-hari yang lain.tiada ke'orthodox'annya ... semuanya serba serbi biasa dan normal kebelakaannya.
cuma kadang-kala terfikir,bilakah hari-hari yang seperti ini akan berlalu dan bilakah hamparan harapan itu akan datang.sudah-sudah dengan dengan konflik diri; datang pula dilema kebingungan.apa ni???
 
sedang aku merewang dan dibawa hanyut dilarut senja --- terus saja mengalun irama kedukaan,satu lagi pukulan rock 'kangkang' maka terpaku aku sebentar di pintu kenangan ( ... itupun kalau layak digelar kenangan).
 
 
" Dinginnya di malam ini suasana pilu,terkenang daku kembali ... sejarah silam "
- sendiri,May.
 
 
begitulah aku bila disebat emosi ... rasa nak tinju muka sendiri.tapi kita ada naluri, ada perasaan.apa salahnya kalau dijemput rasa itu dan dilayan.
persetankan kata orang-orang yang mengata; mereka itu semua buta melankolia.tiap malam aku kerap mengadu sendiri :
 
'oi!apa nak jadi ni ... semua tak kena??! betul ke ni.takkan nak tengok orang ; kau tu bila lagi. diorang semua dah dilayak panggil 'orang'. yang kau ni elok-elok dah jadi orang - nak jadik apa pulak ni???'
 
aduan yang tak masuk di akal.esok-esok bangun lagi,benda yang sama jugak yang kau bebankan --- nak jadi apa? dulu masa kecik-kecik,aku laju ajer cakap kat sekolah aku nak jadi apa bila besar.takyah pikir pun ... dah program dalam kepala hotak!
 
ni dah besar dah ni; tak jadi pun.
 
hari makin hari aku suka tengok sahabat yang berjaya.ada pulak yang berkira-kira nak mendirikan 'masjid' ... tahniah!aku tumpang bahagia,kawan-kawan!harap-harap pilihan itu tepat dan bijak.kalau tak bagi aku tumpang seronok; terpaksalah aku curik kebahagiaan itu.aku tau aku tak mampu dan terdaya dengan keadaan semasa aku yang macam ni.tapi sekurang-kurangnya aku tak berhenti berharap dan masih tegar impikan apa yang aku cita selama ni.
 
ah!karut ... ini semua mainan khayalan aku.
 
 
 
 

Ulasan