aku melihat diri hari ini dan sekali-sekala kelihatan imbasan sebenar yang terlihat dimata fikiran.aku telah kembali dari dunia lamunan yang telah lama aku hinap; tapi itu hanya sementara kerana tidak perlulah diperlekehkan diri dengan perkara yang tidak mudah dihayati.nyata : adakah ini satu titik tolak kesedaran atau hanya satu lagi impian durja?
 
berjalan longlai menuju ke pintu keluar sambil berlegar-legar di dalam, sesuatu ... sesuatu yang bertanya;
 
ini bukan satu lagi hari yang perlu kau sia-siakan seperti yang sebelum-sebelumnya.
 
setelah berlalu masa dan pergi waktu itu --- terang sekali sekarang,  ia telah disiakan.
 
siapa yang sudi membantu akan diri dan aku ini kerana pertolongan yang dipinta belum kunjung datang.
 
 
akan tibakah hari itu dimana semuanya aman?

 

Ulasan

*cosmic freak* berkata…
kadang kadang kita sangkakan panas hingga ke petang tetapi hujan lebat di tengahari...

kadang kadang kita sangkakan hujan ribut ini barangkali tidak akan berhenti, tetapi sekelip mata, mentari kembali bersinar menghalau awan yang gelap...

maka kita terfikir, adakah ini takdir yang sering diperkata-katakan???

kita kemudian membuat kesimpulan sendir, berlandaskan rasional pemikiran masing masing...

definasi keamanan berbeda dari setiap benak fikiran di dunia ini...

keamanan yang disimpulkan oleh minda sendiri, bukan harus ditunggu, tetapi harus dicari...

jangan biarkan diri kita berada bersama kucing yang menunggu tanduknya tumbuh, atau sebelah tiang lampu yang menunggu untuk berbuah...

tuhan hanya menolong mereka yang ingin mengubah nasibnya sendiri...