... hari ini aku dihadiahkan dengan satu perkataan : cekal.

biarpun hidup ini berdugaan dan terlalu hebat cabaran,rintangan itu bukanlah jalan mati buat kita untuk terus mencari.kawan2 tetap ada disisi dan mereka itu sangat jujur.hari ini dua sahabat berkongsi sesuatu --- yang satu menceritakan tentang nilai dan harga sebuah hidup dan yang seorang berkisah tentang erti sebenar sebuah kejujuran.memang sentimen ini berbaur emosi tapi aku tetap terbuka untuk mendengar dan memahami.

mereka-mereka ini masih mencari; sepertimana aku.tapi yang penting sekarang ini adakah sabar dan cekal itu ada dalam kantong bekalan??? tidak ramai orang berprinsip seperti ini termasuk juga aku.aku bercakap atas dasar sedar diri.Ayuh!mari kita bersatu hancurkan dan musnahkah musuh itu yang bernama malas --- malas untuk berfikir sejenak.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
cekal!----yongster