bila naluri memberontak ... bangkit rasa sedar.


bilah-bilah kehidupan mulai membentuk.


ketika menghimpun kenangan dan masa silam,segalanya memang samar ... tidak sama jika dibanding atau meninjau masa yang hadapan.kebarangkalian diulit rasa kesal masih ada dan ia masih menyelubung diri.tiada apa yang dapat mengubah takdir itu,biar ia abadi bersatu dengan rasa sesalan.

siang dan malam seolah-oalah mengherdik diri agar cepat bangkit.bangun dan mengubah agar tidak akan ada keinsafan kelak.namun,ini semua pasti akan berubah jika ada halangan.dorongan pasti datang,namun bila dan dari mana - itu masih kurang kepastiannya.

persoalan sering hadir : adakah ini semua takdir? atau adakah takdir itu musuh abadi buat kita semua. mujur datang harapan --- semangat yang muncul dengan secara sengaja atau terancang.aku sudah mulai sedar.sedar akan peranan aku kepada aku. biarlah aku sendiri yang mencari dan terus mencari tuju hidup ini.



biar.



Ulasan