Berfikir sesaat …


Selalunya apabila saya melihat sesuatu yang begitu, timbul pertanyaan dihati saya … mengapa tidak begini? Apabila ada sesuatu yang saya rasakan tidak munasabah, hati saya mencadangkan sesuatu; bukankah baik kalau perkara itu dibuat begini, dibuat begitu. Jika saya ditimpa masalah berpunca daripada sesuatu peralatan yang saya gunakan, hati saya mengatakan mengapa mereka tidak buat begitu dan tidak begini.

Hati saya sentiasa berkata2 … mencadangkan pembaikan, mempersoalkan perkara yang sedia ada dan mempertikaikan sesuatu yang rasanya boleh dipertingkatkan.

Kadang2 hati saya lebih berani dengan memperlekeh hal2 yang tidak boleh diterima relevannya dengan kehidupan masa kini. Kemudian ‘dia’ memberikan cadangan demi cadangan. Berkata saya kepada diri sendiri; ‘ … suatu hari jika aku sudah dewasa, aku akan mengubah ini menjadi itu … suatu hari kalau aku berkuasa aku akan buat begini, bukan begitu … suatu hari … suatu hari ’.

Apabila usia saya semakin meningkat, keupayaan minda saya memberikan alternatif semakin nyata. Saya merasakan seperti disalurkan pada satu alat yang menyimpan begitu banyak maklumat ( …namun, maklumat2 itu tidaklah nyata; barangkali perumpamaan yang sama sekiranya dibandingkan dengan trilogi ‘The Matrix’ ).Ia hanyalah gambaran2 kabur tanpa saya tahu asasnya. Yang saya tahu saya memiliki satu idea --- mungkin ‘jalan keluar’ kepada yang sedia ada ataupun kadang2 cadangan2 baru yang hanya ada dalam minda para inovator seperti saya.

Barangkali juga semuanya bermula sewaktu kanak2. Dan kemungkinan juga tabiat pembacaan komik saya yang agak keterlaluan dan kadangkala ‘terlampau’. Imaginasi saya liar sungguh pada waktu itu. Saya fikir semua kanak2 juga begitu, cuma imaginasi yang terbentuk dalam minda saya itu mungkin mencetus dalam bilah2 yang lebih berdisiplin dan teratur. Saya dapat melihat pergerakannya … perkembangannya higgalah menjadi ‘benda’. Hanya saya gagal mewujudkannya secara nyata.



“ … semuanya bertolak daripada imaginasi,
hanya imaginasi yang telah muncul lama dahulu .”

Ulasan