* FAIZALMUKHTAR : UNEDITED | UNABRIDGED | UNCENSORED | UNPLUGGED

Wednesday, January 25, 2012

Kita semua masih belajar lagi sebenarnya. Tiada yang guru, tiada yang murid. Yang ada hanya 'kehidupan'

Malam tadi, salah seorang anak murid aku datang berjumpa dan mengadu beberapa perkara. Anak murid aku ni dulu kerja satu ofis dengan aku. Satu hari dia mahu mengembangkan sayap pengalamannya dan memasuki bidang penyiaran TV. Aku, seperti biasa akan menggalakkann asalkan saja peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya. Tambahan lagi, orang seperti anak murid aku ini jenis yang suka kembara dan 'bermain' di seberapa banyak padang permainan yang mungkin. Nah, sekarang dia telahpun menjadi selebriti dan portfolio dia pun makin kemas dan membina.

Cuma lazimnya, apabila kita 'bermain' di tempat baharu, kawasan dan teman sepermainan juga baharu dan berlainan juga. Anak murid aku ini menghadapi dilema dengan suasana baharu yang,

  1. terlalu cepat menekan dan menghimpitnya
  2. banyak memberikannya masalah yang tidak diundang daripada yang diundang
  3. tidak diberikan pengikhtirafan dan kredit kerja yang sewajarnya
  4. mudah bosan apabila keadaan tidak menurut seperti apa yang dirancang
  5. sudah samapai masa untuk berpindah ke taman permainan dan sandbox baharu

Aku mendengar dan cuba menghadan satu-persatu apa yang cuba disampaikan kepada aku kerana nanit apabila ditanyakan tentang pendapat ataupun nasihat, aku boleh membantu dan membimbing serta memberi panduan sebaiknya.

Seperti yang dijangka, dilema atau mungkin juga masalah yang dihadapi oleh anak murid aku ini adalah kurang lebih masalah yang aku hadapi juga suatu masa dahulu semasa aku mencari-cari arah tuju dalam kerjaya dan kehidupa profesional. Dan kini tibalah masanya aku menurunkan ilmu dan pengalaman aku yang tidak seberapa itu kepadanya.

Bukan senang sebenarnya nak tarbiah Ustaz ni. Tapi pengalaman manusia ni sebenarnya berlainan dan berbeza, maka eloklah dikongsi dan dimanfaatkan kepada yang lain. Yang jernih kita ambil, yang keruh kita buang.

Dengan harapan mendapat buah fikiran segar dan berkat istikharah daripada Yang Maha Esa.

Fuh! Dahsyat. Dah macam aku pulak yang jadi Ustaz ni nampaknya

Sunday, January 22, 2012

'Cheng! Ip Sifu'

Sebagai seorang yang berdarah pejuang, kisah pengorbanan dan bakti Ip Man yang digambarkan dalam kedua-dua filem lakonan Donnie Yen memang meresap ke dalam darah daging dan tulang-belulang aku sampai sekarang. Hari ini aku dapat tontonnya lagi sempena malam Tahun Baru Cina. Memang kesannya masih mendalam dan sama sepertimana kali pertama aku menontonnya di wayang dahulu. Aku rasa akulah antara beberapa kerat orang Melayu yang ada dalam panggung masa itu. Terima kasih aku juga kepada Sifu Niezam yang menyedarkan aku siapa dia Ip Man. Semangat yang tak pernah aku rasa bila tonton filem seni mempertahankan diri seumpanya.

Sebagai orang timur dan juga sebagai orang yang berpegang teguh pada maruah dan martabat bangsa malah negaranya, aku faham benar maksud tersirat dan nilai-nilai falsafah cerita kisah hidup Ip Man. Tok Guru yang bertanggungjawab membimbing Bruce Lee ke puncak kemasyhuran.

Aku dapat bayangkan bagaimana kalau akulah Ip Man itu, akulah Donnie Yen itu, akulah Bruce Lee dan aku yang kesemua-semua itu. Memang rasa lain macam dia punya penangan.

Wednesday, January 18, 2012

Hikayat Dewa Abadi

Hari ini aku berkesempatan untuk menonton sebuah filem yang sudah lama tertangguh. Sebuah filem yang diarahkan oleh seorang pengarah yang aku kagumi, punya elemen mitos dan legendaris, berbajet besar, ada sinematografi yang cukup cantik (maklum sajalah, pengarah dan sebahagian krewnya mempunyai latar belakang dalam bidang advertising), ada skor muzik yang padat, berfalsafah tersendiri dan lain-lain lagi.

Pendek kata, ini jenis filem yang aku suka tengok.

Dan bila selalu terjadi keadaan yang sebegini, aku akan duduk sebentar dan berfikir seberapa jenak: “Alangkah bagusnya kalau begitu dan begini. Ada unsur itu dan ini”. Well, apa yang aku maksudkan sebenarnya adalah sekiranya filem yang aku tonton itu dibuat oleh aku, pasti aku akan terapkan pengisian yang lebih dekat dengan hati aku. Seperti imej-imejan kenusantaraan, moral dan integriti timur, ke-Melayu-an dan ke-Malaysian-aan serta apa-apa yang patut mengikut halwa mata dan perasaan pengkarya aku.

Hollywood ada banyak advantage itu. Advantage untuk manipulate dan disseminate semua orang yang menonton hasil-hasil dan produk-produk keluarannya agar memberikan pujian dan kritikan bilamana mereka perlu. Ini tidak bermakna kita semua yang duduk dan bermaustautin di dunia sebelah sini tidak ada advantage dan kelebihan. Kita punya keupayaan untuk berimaginasi dan berkreatif dalam menghasilkan karya-karya bagus malah luarbiasa jauh lebih memuncak berbanding mereka. Kalau diamat-amati, mereka sebenarnya sudah hasil kehabisan idea. Banyak karya mereka lately diambil dari dunia yang buka dunia mereka. Ini jelas dan terbukti.

Bayangkanlah, dunia 'Immortals' yang dihiasi dengan wajah-wajah dewa hikayat seperti Malim Deman, Inderaputera, Merong Mahawangsa dan Pandawa Lima.

Pasti mengujakan. Sangat, sangat mengujakan.


p/s: Oh. Harap-harap orang kita dah pandai menilai filem sebelum aku bikin karya semacam ini. Nanti kecoh pulak kat FB. Kata aku ni khurafatlah, tahyullah, sesatlah, syiriklah. Macamlah aku ini 'sekularis barat' sangat yang takde pegangan agama

Tuesday, January 17, 2012

Rajin malas rajin malas ada mood tak ada mood ada mood tak ada mood ...

Entah kenapa kadang-kadang aku rasa mahu buat terlalu banyak. Tetapi dalam masa yang sama jugak, akan wujud terlalu banyak alasan dan dolak-dalih. Malas lah, tak ada mood lah, apa lah, itu lah dan ini lah. Nak tak nak, terpaksa jugak aku pilih satu antara dua yang tersebut.

Kadang aku malas tapi rasa menyesal kemudian sebab tak rajin.

Kadang aku tak ada mood tapi rasa bodoh kemudian sebab melayan perasaan yang bukan-bukan.

Selalunya aku rasa jadi manusia biasa ni mengada-ngada sangat.

Untuk itu, aku kerap memilih jalan luarbiasa agar lebih out-standing dan ortodoks dari orang-orang lain. Tidak perlu jadi bukan manusia kerana itu akan lebih-lebihlah menyusahkan dan menjahamkan hidup kita di masa akan datang. Serius. Apa point jadi malas dan tak ada mood kalau akhirnya merugikan diri sendiri.

Friday, January 13, 2012

Pointerings

1
Hari ini aku cuba mengambil sedikit masa untuk menonton sebuah filem Terence Malick yang berjudul 'The Tree of Life'. Ternyata masih banyak lagi yang aku perlu belajar tentang story-telling dan jurus-jurus pembikinan filem.

2
Melepakkan diri dengan Presiden Azhar Abdullah. Ada benda-benda baru kita nak buat tahun ni.

3
Aku lihat masih banyak yang perlu dilakukan walaupun aku rasakan juga sudah ada banyak yang tercapai.

4
Semakin lama, semakin banyak idea. Semakin banyak juga cabaran dan kerja keras yang perlu digembeling. Hehe. 'Gembeling'. Whatever that means.

5
Yang perlu aku lakukan sekarang adalah mencari jalan supaya apa yang aku kerjakan dan perjuangan dapat diterima dengan sebaiknya.

Wednesday, January 11, 2012

Sihat dan kuat

Akibat terlalu beriya-iya mengejar impian, kita selalunya lupa yang kita ini masih manusia biar 'seluarbiasa' mana kita sekalipun. Manusia yang boleh lemah dan sakit, yang boleh ditimpa musibah dan bencana, manusia yang mudah lupa dan lalai, manusia yang sangat vulnerable kepada bend-benda yang sememangnya tidak mampu dicapainya. Ini termasuk jugalah buat diri aku sendiri.

Kononnya aku kuat dan boleh menepis segala apa juga rintangan yang datang demi mencapai cita-cita dan hasrat hari. Dan apabila datang detik yang tidak diundang seperti sakit, sudah nampak yang manusia akan tetap manusia.

Tapi aku tidak suka tunjuk-tunjuk pada orang tentang hal-hal sakit ini. Tambah-tambah lagi aku seing menanamkan dalam fikiran aku yang kalau aku sakit, ada lagi orang yang lebih sakit dan lebih tenat serta teruk daripada aku.

Aku mahu jadi lebih kuat jika diizinkan Tuhan.

Kerana ramai orang yang perlukan aku menjadi kuat dan luarbiasa.

Monday, January 09, 2012

Kedetektifan

Seorang detektif akan cuba dan cuba mencari rahsia dan menyelongkar segala bukti dan maklumat yang ada sehinggalah sesuatu persoalan, misteri dan kes itu selesai dan selamat untuk ditutup. Ini sama juga dengan profesion sebagai seorang penulis. Seorang penulis seperti aku harus tetap terus menyingkap apa yang terselindung di sebalik keadaan mahupun sikap seseorang. Orang yang kita lihat di hadapan mata kita tidak semestinya orang yang benar-benar kita lihat di hadapan mata kita. Ini bukanlah sesuatu yang baru. Kerana setiap manusia itu sudah fitrahnya menyimpan rahsia-rahsia yang hanya dia sendiri ataupun orang-orang tertentu sahaja boleh mengetahuinya.

Dan sebagai seorang penulis yang suka modus operandi dan kemahiran kedetektifan, aku banyak belajar dan mengajar akan sikap dan sifat manusia.

Hari ini bila dalam keadaan yang memerlukan aku bekerja lebih keras dan berfikir lebih tajam, semuanya tampak sebagai suatu lapang sasar yang luas buat aku